Pages

Wednesday, January 26, 2011

Mr X ialah hero saya!

malam ni saya nak cerita tentang Mr X...

pertama kali saya mengenali Mr X pada 14 Julai 2004...
(pehh...kira-kira 7tahun yang lalu)
lokasi pula dewan kuliah subjek "calculus"...yupp! Mr X merupakan senior saya..

Mr X tertarik dengan saya kerana saya hanya memakai subang pada sebelah telinga ketika itu...
hoho..sebenarnya subang saya tercicir pada masa itu..tapi saya slumber badak biarkan saja macamtu...

setiap kali dalam class calculus saya tak pernah dengar lecturer merepek apa kat depan sebab saya xfaham dia speaking...maklumla lecturer tu orang uzbekistan...
melayu speaking pun saya tak faham apatah lagi orang asing..

jadi,bila dalam class calculus,kerja saya hanya melukis tanpa menghiraukan orang sekeliling...
sungguh saya tak sangka lukisan saya itu menarik perhatian Mr X yang duduk dibelakang saya..auww! ;p Mr X mula meminati saya & cuba mencari siapakah gerangan gadis bersubang sebelah itu...

suatu hari saya terlambat masuk ke kuliah calculus(sebenarnya hari-hari pun terlambat)
menyebabkan saya terlepas untuk sign attendance...
kebetulan Mr X juga terlepas untuk sign attendace... pada akhir class kami pergi berjumpa lecturer untuk sign attendance...
MrX mengambil kesempatan itu curi-curi pandang siapakah nama saya..;]

setelah mengenali nama saya, Mr X menggunakan member dia sebagai posmen untuk sampaikan chocolate kepada saya...
saya seperti biasa rezeki tak pernah tolak...menerima chocolate itu dengan hati yang terbuka...

bila sampai ke hostel saya kelaparan, oh..baru saya teringat ada chocolate dalam beg...saya ambil dan buka balutan chocolate itu dan tiba-tiba sekeping note terjatuh...

"hai..boleh berkenalan"....hahaha...chocolate itu ialah umpan rupanya...

setelah beberapa hari saya abaikan saja note dari Mr X itu...tetapi suatu hari,kawan saya 'ummu' meminta agar saya membalas note dari Mr X itu kerana tidak mahu Mr X & posmennya tertunggu-tunggu respond dari saya...
saya tak tahu nak reply macamana...takkan nak reply..

"boleh...boleh..." (-_-')...

saya pun tulis...

"kalau saya taknak berkenalan chocolate tu kira halal tak?"
ngeh..ngeh...

selang beberapa hari kemudian...Mr X tidak berputus asa... kali ini dia tidak menggunakan posmen...habis class calculus Mr X terus datang pada saya...
pehh,cuak giler saya... dia pelawa saya untuk minum bersama di cafe berdekatan..
saya menolak permintaan Mr X dengan alasan ada kuliah kimia...tapi saya silap kelentong...saya terlupa posmen Mr X sama kuliah kimia dengan saya dan kuliah itu memang dibatalkan pada hari tersebut...

apa lagi terus kena sound dengan posmen Mr X..."dia tipu class kimia batal!"
heeeeeeee....malu tak ingat saya time tu...
untuk menutup malu saya terima pelawaan Mr X...saya bawa ummu sebagai teman...
itulah kali pertama saya bertentang mata dengan Mr X dan baru saya sedar handsome juga mamat ni...;p

ohh....saya dah ngantuk untuk teruskan cerita...(@_@)zzZZzz...

apa-apapun...Mr X banyak berkorban untuk saya... kalau mahu cerita pengorbanan dia 7entri pun tak habis...saya cerita satu jer..saya masih ingat final exam paper english, Mr X pas kertas jawapan dia pada saya untuk tiru...tapi nasib tak menyebelahi kami,kami kantoy dengan pengawas peperiksaan..;[
Mr X bertukar menjadi hero dan mengaku dia yang meniru saya. teruk Mr X kena marah & hampir ditarik kelayakkan dia menduduki exam...

Mr X ialah hero ironman yang sebenarnya...;p

aduhh...mata saya memang dah tak tahan sangat ngantuk... maaf terpaksa berhenti...

bersama-sama ini saya lampirkan gambar Mr X..

tuh dia Mr X!

errkk...silap upload plak...ngantuk sangat dah ni..

ni dia Mr X saya!!!



Mr X dan rokok tak dapat dipisahkan...;[

pesanan saya buat Mr X :

"bila mahu berhenti merokok...tak ingat orang tersayang ka?"

Tuesday, January 18, 2011

ketika bosan...

malam ni badan sangat penat sebab semalam tak dapat tidur lena di rumah cik dina...

rumah cik dina sangat sejuk...sebab cik dina pasang kipas no 3

cik dina bagi saya selimut nipis je semalam sebab dia ingat lemak saya tebal...

semalaman saya tak lena sebab malas nak bangun tutup kipas...(-_-)

pagi tadi tak sempat sarapan sebab bangun pun dah tengahari...;p

kami mandi kerbau sebab nak berjimat...

aaarrrrghhhhh.....cukup!

sebenarnya tengah M.A.T.I. K.U.T.U sekarang...

banyak kerja tapi tunggu "mood" datang dulu...

seperti biasa aktiviti bila mati kutu...

amik gambar sendiri...


kanak-kanak riang yang bekerja syif malam ini..

tengah main kad "donkey" (-_-')


erkk...main kad tu untuk panas badan jer... menaikkan mood bekerja...

jangan salah faham ;]

ok,mood sudah datang.....

pakai spec...(tak suka, nampak tua!)


ready!!

"berkhidmat untuk negara!"

(errkk...kantoy astro kt belakang ;p)

zzzZZZZzzzzzzzz.....

Sunday, January 16, 2011

Masih perlukah pil tahan sedih???

uuuwwwwaaaaaaa.....hari ni sangat sedih...air mata macam air paip...
rasa macam nak suruh seseorang tampar muka saya supaya saya boleh merasa kesedihan yang lain & lupakan kesedihan sekarang...

disebabkan hati yang terlalu sedih & kepala yang sakit sekarang sebab banyak sangat menangis... saya nak merepek kat dalam ni... siapa nak baca sila teruskan...
siapa yang tak baca dia rugi besar...saya serius...jadi apa kata sabar sedikit & teruskan membaca...:)

apa-apa pun 1st sekali nak ucapkan terima kasih kepada... cik dina, cik alfda, cik mahani & cik hunny kerana dari pagi tadi tak berhenti menemani mesej saya...
alhamdulillah ada kawan-kawan yang sangat prihatin...:)

sebenarnya saya perlukan hiburan sekarang ni tapi disebabkan sedang bekerja saya terpaksa menghiburkan hati sendiri... saya tak de idea nak hiburkan hati sendiri (-_-) boleh bagi idea x??

terlupa plak ni blog bukan facebook orang boleh komen-komen dengan pantas..
ouch cerita pasal facebook baru saya teringat facebook saya tiada siapa boleh komen...hahaha...janganla terasa hati fikir saya block kamu yer? heee...saya bukan begitu orangnya. saya sangat adil... saya cuba yang terbaik untuk jaga hati semua orang tapi kadang-kadang saya sendiri pun terluka...mmm...dah-dah tak mahu sedih lagi...

pasal komen tu,saya saja setting macam tu sebab last status "Ya Allah"... saya cuma nak tenangkan hati dan fikiran saya buat masa sekarang... nanti dah tenang baru saya tukar setting dia balik. kalau rindu nak komen saya mesej or komen kat blog jer..;p
saya tahu pakcik zul(selaku peminat saya) mesti akan rindu nak komen saya..hohoho...
jangan marah darling darleena...kita gurau jer ;]

saya selalu fikir kenapa doktor tak cipta 'pil tahan sedih'..kalau ada saya nak beli sepapan...cik hunny kata dia nak beli sedozen... kan best semua orang pun boleh rasa happy kat dunia...(ni cara budak 4tahun berfikir)

oklah kalau fikir secara positif kenapa kita dikurniakan perasaan sedih sebab bila kita sedih kita akan ingat tuhan....macam saya sekarang status kt facebook
"Ya Allah"...:)

saya sangat suka baca kata-kata nasihat dari Ustaz Raja Ahmad Mukhlis B Raja Jamaludin/Mohd Asrool Hasbullah B Shuib ini...

kawan-kawan silalah baca sangat best!

Duhai teman seperjalanan, di sepanjang jalan kehidupan. Mengapa kita perlu berduka, kala ketentuan mengunjung tiba? Mengapa kita perlu bersedih, kala dirimu ingin dikasih? Perjalanan ini, suatu pembuktian. Kehidupan ini, suatu komunikasi. Kemunikasi antara sang hamba dengan Ilahi.

Manusia sering gundah, resah, gelisah dan bermacam-macam lagi kerenah, takkala dikunjungi oleh ketentuan Allah s.w.t.. Kala kita diuji dengan bebanan kehidupan, mengapa kita sering melupakan Dia yang menurunkan ujian? Mengapa kita terpaku khayal dalam tempurung ketentuan?

"Duhai teman seperjuangan di sepanjang perjalanan kehidupan. Manusia bersedih kerana tidak melihat bebanan kehidupan sebagai simbol kasih. Manusia bersedih takkala dilanda musibah, kerana tidak melihat di sebaliknya wujud Allah yang Maha Pemurah.

Bahkan, manusia mudah kecewa dalam kehidupan, kerana tidak melihat dalam diri adanya unsur kehambaan. Manusia mudah lalai dalam kesenangan, kerana tidak melihat dalam usianya, ada tempoh kesudahan. Manusia yang semacam ini, sering berputar antara lalai dan kecewa. Pada hakikatnya, mereka sentiasa resah dalam suka dan duka.
Takkala mendapat kesenangan yang membuatkannya gembira dan suka, dia sentiasa resah jika kesenangannya hilang serta-merta. Dia takut nikmat yang dimilikinya dicuri, didengki dan dikhianati insan-insan di sekelilingnya. Takkala dia mendapat musibah, dia juga resah, kerana terasa dibebani oleh musibah. Ketika dalam kesenangan pun resah, dalam kesusahan pun resah juga?

Adakah manusia diciptakan hanya sekadar untuk resah, dalam senang mahupun susah?
Duhai teman. Hidup ini tidak seresah yang disangkakan. Hidup ini tidak perlu bersedih dalam menghadapi ketentuan dalam kehidupan. Demi sesungguhnya, ketentuan dalam kehidupan, tidak hadir tanpa sebarang maksud yang penuh berharga. Demi sesungguhnya, apa yang dikau kecapi dalam segenap kehidupanmu, bukan tiada makna dan tidaklah sia-sia.

Jangan pandang pada ketentuannya. Jangan pandang pada musibahnya. Jangan pandang apa yang dihadapi. Susah mahupun senang, semuanya dari Ilahi. Semuanya ada maksud yang tersembunyi, sekiranya dikau mengerti.

Hidup ini seluruhnya adalah sebuah komunikasi. Komunikasi antara kita dengan Tuhan
yang Maha Mengasihi. Mengapa gusar terhadap komunikasi sehingga melupakan kasih sayang yang mana kepadaNyalah kita berinteraksi.

Apa sahaja ketentuan dalam hidupmu, ianya adalah bukti kasih sayangNya kepadamu. Apa sahaja yang menimpa kita, yakinlah ianya tidak pernah sia-sia. Bukankah Nabi s.a.w. pernah bersabda: "Allah s.w.t. jika mengasihi seseorang hamba, Dia akan mengujinya?". Mengapa sedih dengan ujian, sedangkan diri sentiasa mendakwa ingin dikasihi Tuhan? Mengapa tida mampu redha dengan ketentuan, sedangkan diri masih sentiasa mengaku Dialah Tuhan?

Wahai teman. Dalam dirimu ada unsur kehambaan, sedangkan Allah s.w.t. menzahirkan ketuhananNya dalam kehidupan. Kita yang sebagai hambaNya, zahirkanlah kehambaan kita kepadaNya, dengan sabar dan redha, dalam setiap ketentuan yang melanda. Hidup ini adalah komunikasi cinta. Allah s.w.t. menzahirkan ketuhananNya dalam kehidupan kita, melalui ujian dan ketentuanNya, sedangkan kita, perlulah menzahirkan kehambaan kita kepadaNya dalam kehidupan kita, melalui sabar, syukur dan redha, dalam menerima setiap ketentuanNya.

Jika kita mengerti hakikat dikasihi, pasti kita mengerti, kesanggupan kita untuk menghadapi ujian Ilahi itu sendiri, tidak mampu untuk membeli cintaNya yang Maha Tinggi. Tiada yang lebih bernilai bagi kita yang merupakan makhluk-makhluk ciptaanNya, daripada kecintaanNya kepada kita.

Duhai teman yang ingin dikasihi Tuhan… Dunia ini sebentar cuma. Pejam celik, usia kita sudah semakin sampai ke penghujungnya. Apalah sangat nilai kesabaran, kesyukuran dan keredhaan kita, dalam usia kita yang semakin berkurangan, sedangkan balasannya adalah keredhaan, kecintaan dan kemesraanNya yang berpanjangan, di akhirat nanti yang abadi selamanya tanpa kesudahan.

Kalaulah nak diikutkan, apalah sangat untuk sabar dalam tempoh usia di dunia ini terhadap musibah dan ujian yang merupakan tanda kasih sayang Tuhan, jika ingin dibandingkan dengan keredhaanNya yang abadi di hari Kemudian.
Wahai temanku yang budiman… Dunia ini sebenarnya syurga, kalau kita tahu nilai kehidupan sebagai tempat menzahirkan kehambaan. Namapun hamba, mestilah menzahirkan kehambaan. Pada ujianlah, dapat kita menzahirkan kehambaan, dengan kesabaran. Pada kesenangan dariNyalah, kita dapat menzahirkan kehambaan, dengan kesyukuran. Pada ketentuanNya seluruhnyalah, kia dapat menzahirkan kehambaan, dengan meredhai setiap ketentuanNya. Kita hamba, maka jadilah hamba. Kita hamba, maka zahirkanlah kehambaan.

Hidup ini syurga, kerana di sinilah kita menzahirkan kehambaan. Syurga kita adalah pada kehambaan. Sesiapa yang tidak menzahirkan kehambaan di dunia, dengan mentaati setiap suruhan, dan tidak redha dengan setiap ketentuan, maka tiada baginya syurga di akhirat kelak. SyurgaNya hanya untuk hamba-hambaNya yang tahu diri mereka adalah hambaNya lalu menzahirkan kehambaanNya kepadaNya sejak di dunia.
Senyumlah kepadaNya yang sentiasa menunjukkan bukti cintaNya dalam segenap kehidupan kita. Teruskan berjalan dalam kehidupan dengan bergantung hanya kepadaNya semata-mata. Kita insan, tetaplah insan, yang serba lemah nan banyak kekurangan. Bagaimana kita mampu bergantung kepada diri kita yang serba kekurangan? Bagaimana kita sanggup bergantung kepada makhluk yang jua serba kekurangan? Bergantunglah hanya kepadaNya, maka kamu akan dapati hidup ini membawa ceria. Senyumlah kala ingin dikasihiNya melalui ujianNya. Zahirkanlah rasa rendah diri dan memerlukanNya dalam meneruskan perjalanan kehidupan.

Dengan demikian, kita sama-sama dapat meneruskan perjalanan, dengan penuh keceriaan, dek ketergantungan hanya kepada Tuhan, dan kerana memahami hidup ini tempat menzahirkan kehambaan. Allah s.w.t. mencintaimu, dan kerana itulah Dia mengujimu. Yakinlah dengan kasih sayangNya kepadamu, kerana Allah s.w.t. itu menurut apa yang kamu sangkakan. Berbaik sangkalah kepadaNya, kelak kamu ketahui Dia lebih baik (Maha Baik) dari apa yang kamu sangkakan."

Oleh yang demikian, mengapa bersedih???

ini favorite quotations saya : Think of Allah and His love and everything will be fine..

thank u 4 being my friends...:)








Thank you for your friendship and your love

Thank you for being there to help me through most of fears

Thank you for all that you for all the times that I felt like I couldn’t make it through

Thank you for your support through out these years

Thank you for catching me when I fell and lending a shoulder for me to cry on

Thank you for all the joy and laughter that brought into my life

Thank you for always standing up to redeem strife

Thank you for the happiness you gave






However life may turn, this gift will be

A mountain that has made my river bend

Nor will it flow the same way to the sea

Knowing you is something I’m made of

Years will not this part of me remove

One lives for just a brief eternity

Understanding truths that never end

~Thank you God for giving me such a loving frenz~

p/s: hanya empunya badan yg mengenali gambarnya sendiri...:)

Thursday, January 13, 2011

itu bukan kuah kari!

disebabkan mood saya tak berapa ok malam ni...
saya bercadang untuk update cerita yang boleh menghiburkan hati saya...

malam semalam...
saya makan berteman...
wahh! *sungguh terhibur* ;p

syahriah (bukan nama sebenar) ajak saya keluar semalam...

kita orang (pehhh...susah betul bila dilarang guna shortform ni)
pergi alamanda..

makan kat "noodle station"... first time saya makan kt sana...hahaha asyik 1st time jer...yela sebelum ni saya makan kt warung kaki lima jer..



saya order 'ladna kway teow with chicken delight roll'...
hmmm....bunyi macam sedap...
tapi tak sedap pun...;p
sedap tu subjektif...hoho

ini dia kway teow ladna!


ini pula view dengan menggunakan kanta!!

yang panjang-panjang macam kway teow tu ialah daging ayam &
yang color coklat macam daging ayam tu ialah kway teow...mmmm,paham x?

syahriah pula order mi curry...
tapi rasa & rupa dia sebijik macam laksa...


ini minuman kami...


harganya berpatutan...tapi kuah mi kari dia tu tak patut rasa laksa!




masa untuk makan...


~wajah ku xdapat disiarkan kerana comot...hihi

syahriah pula masih tidak dapat menerima hakikat itu adalah mi kari...:)


setelah habis makan...kami jalan-jalan survey perfume...
banyak brand baru kami jumpa & harga dia agak murah...

lepas tu...syahriah ajak karoke...


wahhh...saya memang 'on jer' kalau karaoke...
tapi kalau member perempuan yang ajakla...

lagu paling best saya bawa semalam "madah berhelah-ziana zain"


serius best! ada video dia!!

tapi pesakit jantung tak digalakkan tengok..;p

saya akan upload bila permintaan melebihi pasaran ziana..hahaha

syahriah pula semua lagu dia bawa best...
lagu "Miley Cyrus-The Climb" paling best dia bawa semalam...

ingat nak cakap "syahriah...1 more!"

selepas berhempas pulas menyanyi & melepaskan tension...

kami pergi main game pula...hoho..

tuh dia dance floor game!


kami hampir terlupa umur kami berapa ketika itu...


maaf...gambar terpaksa dikaburkan supaya tidak menjadi ikutan orang dewasa...;p




saya kalah tertonggeng dengan syariah...1st level dah kena out!

syahriah meneruskan perjuang sampai level3 ke 4...
takpe syariah...nanti kita repeat!

penat betul kami enjoy malam tu walaupun berdua sahaja...

kami pulang dengan hati yang sangat gembira...
yeahh...mood saya sekarang pun dah kembali ok...

buat syahriah: thanx!!! aku suka cara kau yang sempoi & ikhlas :):):)
walaupun kita kenal dari darjah5 lagi tapi kau tetap tak berubah!
luv u =>

Friday, January 07, 2011

i love you....forever :)


waktu terus berlalu buat saya semakin rindu pada ma..

melihat dia semakin berusia buat hati semakin sebak..

air mata mencurah-curah bile terkenang dia sangat sunyi sejak ketiadaan papa..

bila renung wajah dia, hati selalu berbisik..

"apa yang buat kau begitu tabah mengharungi hari-hari..?"

ma..

saya teringin buat ma rasa happy setiap masa...

saya teringin buat hati ma tak sempat merasa sunyi..

saya teringin tunaikan semua permintaan ma...

tapi..

saya sedih saya tak mampu buat semua tu...

saya sedih saya tak mampu berada di sisi ma setiap masa..

saya sedih bila fikir kenapa saya tak mampu berkorban sepertimana ma berkorban untuk saya...


ma,

saya teringat cerita ma...

masa kita kat negara orang dulu..

ma cakap hidup kita susah...

papa takde kerja tetap sebab papa tak fasih berbahasa siam..

hidup umpama kais pagi makan pagi..kais petang makan petang..


waktu tu..

ma mengandungkan adik...saya & abang masih kecil lagi..

ma cakap setiap kali pergi checkup..

doktor selalu tahan ma masuk wad sebab darah cair..

doktor cakap boleh buat maut kalau bersalin tumpah darah nanti..

tapi ma degil...

ma tetap nak pulang rumah sebab dalam fikiran ma hanya risaukan kami...


ma...

hati saya sebak bila teringat susu sampel yang doktor bagi untuk ma minum masa mengandung...

kenapa ma tak pernah minum...

kenapa ma bagi pada kami...

kenapa ma tak pernah risau kesihatan ma...

ma cakap hanya tuhan yang tahu ma sangat takut bila fikir kesihatan ma..

tapi ma tak sanggup nak minum demi anak-anak...


ma...

setiap kali pergi checkup ma pergi seorang diri...

subuh-subuh ma dah bangun...

ma harap bila keluar awal ma dapat pulang cepat..

hari tu papa mesti tak pergi kerja sebab jaga kami..

bila papa tak kerja memang tiada duit untuk hari tu..

papa bagi ma duit tambang pergi ke hospital...

tapi setiap kali balik dari hospital ma tak pernah naik teksi...

ma jalan kaki dari hospital ke rumah...

...jauh ma....

selalunya lambat ma sampai rumah...

papa selalu marah bila tahu ma jalan kaki...

tapi ayat ma..

"duit tambang tu saya beli nasi bubur untuk anak-anak...anak-anak mesti tengah lapar..."

(T_T)

ma...

saya sedih...

saya takkan mampu balas semua jasa ma...

tapi saya janji, sampai akhir hayat saya akan menyayangi ma...

Tuesday, January 04, 2011

ice skating bersama Mr X!

Demi memenuhi azam baru 2011,iaitu ingin bersenam 2x seminggu...
saya telah meminta Mr X untuk menemani saya bermain ice skating
di Sunway Pyramid...
fakta: kalau nak body cantik mainlah ice skating selalu=>

Mr X
~ (bukan nama sebenar)
~ pemain tennis terkemuka (peringkat sekolah)
~ meminta agar nama & wajahnya tidak disiarkan demi menjaga hati peminat2nya

Walau bagaimanapun...saya..(yang tidak pernah mendengar arahan) tetap memasukkan beberapa gambar Mr X walaupun semua wajahnya tidak kelihatan jelas ;[

tuh dia Mr X!

tengok dari belakang agak-agak kacak x?

kami menuju ke kaunter...
tiket pada hari tersebut agak mahal kerana 'public holiday'
RM23~ untuk Mr X
RM21~ untuk saya...murah sikit sebab cashier cakap saya comel ;p


ouchh! ini bukan iklan jam!

dia sangat 'gentleman' kerana tolong ikatkan tali kasut saya...hihihi


Mr X,tolong ikatkan ketat sikit!


thanx u Mr X...jasamu dikenang...:)
~peace no war ;p~


kesian Mr X terpaksa ikat tali kasut sendiri


bertungkus-lumus


masa untuk beraksi!

cett!! xbestnyer...2org jer main (T_T)

p/s: tiada gambar ketika beraksi kerana tiada siapa mahu tolong ambilkan :(

Mr X tidak dapat menerima kekalahan kerana jatuh tergolek depan awek...
mengambil keputusan untuk berhenti awal ;p

Saturday, January 01, 2011

tutup buku 2010 dengan gelak ketawa!

1) cari tempat yang tak pernah jejak...

--> "The Curve"

yupp...the curve...dah bertahun duk kL tapi tak pernah pergi sana...

sebab:
~ kepala asyik fikir tempat tu jauh...mmmm...tapi OU & IKEA selalu pula pergi..

alasan lain:
~ sebenarnya jalan dia tak best...pusing-pusing...pening kepala..(@_@)
mmm,tapi jalan dia jalan yang sama ke OU & IKEA..

alasan sebenar:
~ tak pernah ada orang ajak pergi sana...huhuhu (T_T)
nasib baik ada jugak orang ajak akhirnya...:)(thanx effy!!)

2) cari kedai yang tak pernah makan

--> "Restoran Ayam Penyet"
ayam penyet tu biasa makan kat melaka & jB...tapi kat the curve rasa dia lain sikit... ayam dia 5x ganda lagi best dari kat melaka & jB...serius tak tipu..:)



sebab makan ayam penyet:
~ effy & ayam penyet tak dapat dipisahkan

alasan lain:
~ nak makan nasi...sudah bosan dengan fastfood ;[

alasan sebenar:
~ kat situ port terbaik untuk cuci mata...;p

ini antara menu yang kami pesan.. nyum..nyum..





bersedia untuk makan...

effy memerlukan tisu sebagai lapik..
tapi guna lapik pun dia masih comot lagi...(-_-)
lepas ni saya cadangkan effy guna towel mandi..besar sikit,baru xkotor baju tu;p

"air gembira"

ini nama dia "air gembira"...kami tiga-tiga order air yang sama
sebab nak gelak sepanjang hari...
alhamdulillah memang berkesan...
tak percaya?? ini buktinya:-

~kesan air gembira~

teropong...ehemm..ehem..


tabik spring!! toing..toing..


macho x?? ;p


sshhh....jgn bagitahu mama..


wajah paling cute 2010..;p


aksi terlarang...18SX


hahahaha....kami dah overdose minum "air gembira"...(@_@)


p/s: effy perlukan air masak dengan SEGERA untuk me'neutral'kan dia...;p

~setelah kami kembali normal...kami pun jalan-jalan...~


sepanjang berjalan hanya beli lip balm satu jer..hahaha
semalam takda mood nak shopping..
lagipun takda bajet...ehh bukan...azam 2011 mahu berjimat sikit ;p

~kemudian...
kami singgah starbucks pula...semua tempat penuh...starbucks jer lengang...

kali ni kami order air yang berlainan:-

ini sudah tentu minuman ku..

effy punya

sally punya


walaupun aktiviti kami hanya makan...tapi kami sangat seronok sebab banyak benda yang dapat dikongsi..:):):)

harap persahabatan ini berkakalan....

~frenz 4eva~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...