Pages

Wednesday, March 30, 2011

"Tanya Fahmi: Aku Ni Tak Cantik Ke?"

2 minggu yang lepas kawan saya Intan Payung tag saya kat blog dia


saya tak faham sebenarnya apa yang dia suruh buat.

tapi setelah 2minggu berfikir, saya rasa dia suruh saya jawab soalan dalam blog ni ...;[

maaf intan...begitu lama ambil masa..

baiklah, saya akan jawab semua soalan dia mengikut pendapat saya...


1. Apakah maksud kecantikan. Bagaimana seseorang itu boleh dikatakan cantik?

~ "kecantikan adalah hak milik setiap insan!"

saya tak ingat ini tagline produk apa tapi saya setuju dengan pendapat dia ;]

seseorang itu dikatakan cantik bila :-

~ lebih dari seorang puji dia cantik dalam masa sehari :) (tidak termasuk boyfriend sendiri)


2. Adakah kecantikan itu penting? Kenapa?

~ tak penting bagi saya...sebab saya cari yang handsome. penting bagi Mr X kot...

cuba tanya dia plak?


3. Apa perasaan anda bila ada orang cakap anda tak cantik?

~ bersyukur... supaya saya tak lupa diri ;p


4. Kongsikan satu tips kecantikan yang boleh dipraktikkan bersama.

~ mmmmmmm.....apa eh... senyum kot... sebab bila senyum yang cantik bertambah

manis...yang tak cantik secara automatik akan jadi cantik budi bahasa...:)


5. Tag dua orang sahabat blogger yang anda rasakan mereka cantik. Maklumkan kepada mereka yang mereka di tag supaya mereka tahu mereka cantik.(sekali-sekala puji kawan apa salahnya)=)

~ alamak... saya tak ramai sahabat blogger! takpelah tag jer..
yang ini...

dan yang ini...


harharhar.....sorry...main-main jer...

ok...yang ni baru serius




6. tinggalkan link anda di ruang komen

~ DONE!

ni 1st time saya try link kan blog orang dalam entri saya....

saya tak tahu berjaya ke tak sebab semua akan terjawab bila post ini dipublishkan...

andai tak berjaya...tolong ajar saya yer..

bukti...bila senyum automatik akan nampak cantik :)


hey kamu!

sekarang ni saya tengah marah..

tapi orang tak sedar saya marah

itu membuat saya lebih marah!

saya marah sampai rasa nak delete dia dari fb lepas tu block dia!!

bengang! geram! menyampah!

benci! benci! benci!

saya merajuk pun dia xsedar

lagi bengang!

aarrrrggghhhhh!!!!!!!!

Wednesday, March 23, 2011

Diaa dulu.... Diaa kini...

sedang saya godeh-godeh laptop Mr X...

saya terjumpa gambar saya masa 1st year kat UPM..

MasyaAllah...

cute sangat ;p

NAK TENGOK??

tapi..

janji dulu...jangan gelak (-.-)

mmmm....

.......

....

ta...daaaaaaaa.....



hahaha....

cutekan??

patutla Mr X cakap macam cina bukit ;[

tapi dulu saya rasa gambar ni la yang paling cantik...

siap buat profil picture untuk friendster...

and ramai pula yang tergila-gila....hahaha ;p


apa-apa pun...saya baru perasan...

saya ada satu gaya tersendiri tiap kali ambil gambar...

~dulu~

~kini~


hihi...

gosip panas........

Mr X ialah hero spiderman yang seterusnya...

Friday, March 18, 2011

Diaa sedia membantu...

Nur Sarah, P.pinang,
Diaa,saya bakal mendirikan rumah tangga minggu hadapan.
Masalah saya,saya tak fotogenik...sudah 3malam saya fikirkan masalah ini.
Apa yang perlu saya lakukan?

Reply:
Masalah begini,kamu perlu berbincang dengan photographer.
Minta dia hanya fokus pada baju & aksesori...Blur kan wajah & snap sebanyak yang mungkin...


Muhaimin, JB.
Saya berusia 27tahun dan masih single. Saya sering keliru untuk membezakan anak dara,isteri orang & mak budak? Harap dapat beri petua.

Reply:
Situasi ini agak sukar tapi ibu pernah turunkan petua kepada abang saya. katanya lihat cincin pada jari mereka.

anak dara: cincin silver/sinma di mana-mana jari mereka. itu saja yang mampu beli

isteri orang: cincin emas di jari manis kiri/kanan...kadang-kadang dipakai pada jari hantu dan juga jari kelingking...kes berat pakai di ibu jari

mak budak: tiada cincin di jari mereka...sama ada sudah digadai atau disimpan kerana ketat ;p


Zul, Lumut.
Saya seorang Navy dan kini rambut saya sudah mencecah bahu?
Barber di sekitar Lumut semuanya tidak mahu menggunting rambut saya.
Kini saya kerap di hukum gara-gara rambut ini. tolong saya Diaa :'(

Reply:
berhenti minta style rambut "pendek kacak!" barber 1Malaysia pun xmampu lakukan


Salsabila, KL.
Diaa, hati saya sangat sakit sekarang kerana boyfriend saya ada kekasih gelap.
Saya dah break up dengan dia tapi hati saya masih sakit. Bagaimana nak hilangkan sakit hati ini?

Reply:
hantukkan kepala kuat-kuat kat dinding. selepas ini kamu akan sakit kepala dan terlupa pada sakit hati


Boboy, SMK Padang Jarak.
akak...saya bakal menduduki PMR tahun ini. Ibu asyik mendesak saya baca buku.
Saya bukan taknak study tapi setiap kali study saya akan selsema. ibu tidak memahami saya. akak,tolong nasihatkan ibu ;[

Reply:
itu merupakan simtom-simtom sakit Phemalash (silent 'h')..sehingga hari ini belum ada penawar...dan setakat ini hanya ada 2orang yang menghidapnya..iaitu adik dan akak ;p
nasihat akak,pura-pura kena sawan setiap kali baca buku ;]



segala masalah yang sukar diatasi bolehla emelkan kepada saya..

Tuesday, March 01, 2011

Jangan BACA... Rugi!!!

hari : selasa

tarikh : 1 mac 2011

aktiviti pada hari ini


12:00am : sedang bekerja(buat take-off, forecast e-cuaca, sediakan VCBI & membalas
komen-komen peminat di facebook ;p )

01:30am : cuaca baik...curi tulang kejap(terlelap dalam bilik rehat selama 3jam)

04:40am : tersedar dari koma...kerja..kerja!!

04:45am : bertungkus-lumus siapkan kerja yang patut dihantar tepat jam 5.00am

05:15am : mata & badan tak tahan mengantuk sebab terlalu penat...siang tadi sebelum masuk kerja sempat pergi cari kain kat sogo & masjid india (-.-)

............zzzZZZZZZzzzzzzzzz.............(terlelap di meja kerja)

06:00am : terjaga....kerja!...KERJA!....dah terlambat untuk hantar take-off

06:30am : basuh muka...solat...& sambung bekerja dengan serius kerana cuaca buruk area selat melaka...

09:00am : breakfast...balik rumah & sambung tidur...............

02:30pm : baru bangun dari tidur...sakit kepala tidur lama sangat

02:45pm : lunch...

03:00pm : M.A.T.I. K.U.T.U. lihat sekeliling tiada orang... tv tiada cerita yang menarik... pasang movie...boring...semua cerita dah tengok... baring sambil pandang dinding....

04:00pm : masih pandang dinding...

05:00pm : pandang dinding lagi tapi kali ini ada makanan kat sebelah...

06:00pm : makan kentang goreng pula

07:00pm : mulai gelisah kerana seharian tak keluar rumah.....

08:00pm : ambil kunci kereta....keluar cuci mata

10:00pm : pulang ke reban...buka laptop tulis blog

10:27pm : kering idea tak tahu nak tulis apa & takda mood

kesimpulan, hari ini ialah hari paling bosan!!!!!!!!!

p/s: anda telah rugi 5minit apabila membaca entri ini (-.-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...