Pages

Monday, April 25, 2011

Dating wif patung lilin!

malam ni saya betul-betul rasa macam nak demam..

saya sedang bekerja...

asal nak demam jer mesti time kerja

sebenarnya badan sangat tak cukup rest

saya punya busy kalah rosmah

saya cuma free time kerja jer..

pelikkan..

orang lain semua busy time kerja...

tapi saya sebaliknya ;p


siang tadi saya sempat berdating dengan patung lilin

hihihi...

sebenarnya patung lilin tu member saya, fieza

sebab dia cantik sangat..

dah macam patung lilin saya tengok

nih dia!



cantikkan?

macam patung lilin


saya excited nak jumpa dia

sebab rindu sangat kat dia..

hampir setahun kami tak berjumpa

nasib baik dia kena kursus di KL..

jadi, kami ambil kesempatan untuk berjumpa


bila dah jumpa tu macam biasalah..

4jam borak tak sedar langsung...

cerita selama setahun kami kongsi...hihi..

borak-borak

jalan-jalan

sampai ke INDIA kami pergi

tak percaya..

ni bukti!



hihihi...

lepas tu saya ternampak sesuatu yang menarik

HAIR EXTENSION!

hahaha...dah lama saya cari

sebab saya betul-betul tak sabar nak tunggu rambut ni panjang

saya pun beli & terus clip kat kedai tu juga

tadaa...



okey tak?

happy giler saya memiliki rambut sepanjang ini :):):)


jam sudah pukul3.00pm

perut sudah berkeroncong

kami pilih untuk makan kat POPEYES!



sebab tiga-tiga tak pernah cuba POPEYES



ternyata pilihan kami tepat!

memang kena dengan selera...

tempat pun lengang..

sesuai untuk kami bergelak ketawa & bergambar!



jam telah menunjukkan pukul4.00pm

saya perlu pulang untuk berkhidmat pada negara!

hati saya sangat sebak (T_T)



semoga jarak tidak menjadi penghalang kepada persahabatan kami :')

luv u fieza!!

Sunday, April 24, 2011

berfoya-foya!

Hai semua....

Selamat Hari Ahad..!!!



saya tengah kerja sekarang...

cuaca baik tapi petang ni hujan..

jadi kalau nak dating, baik keluar sekarang ;]

oklah...

hari ni nak cerita aktiviti saya semalam...

penat yang amat... balik kerja tengahari semalam,

saya terus keluar bersuka ria dengan member..

sangat menghargai setiap saat pada hari sabtu,

kerana masa-masa itu jela saya boleh lepak dengan kawan-kawan saya


Dan semalam saya sangat happy!!

sebab lunch & dinner saya makan berteman :):):)


pukul 2:30pm saya date dengan 3jelitawan kat The Curve

ini dia jelitawan saya maksudkan....;]



Mmmm.... patut cakap 4jelitawan..

( nak jugak ;p )

kami pilih untuk lunch di Secret Recipe..

tukar port kali ini..


aktiviti kami simple jer..

makan-makan...



gosip-gosip... ;p



dan bergambar...:)





kami memang suka luangkan masa untuk bertanya khabar & life masing-masing..

cuba tengok

hot mummy kita dah penat...



gelak banyak sangat ni ;p

effy pula dah tak sabar nak dapat anak buah..:)


time ni zehra dah pulang...

sebab ada konsert ;p

(...melawak jer...hahaha..)

date kami berakhir hampir jam6:00pm..



saya meneruskan aktiviti saya berdating dengan Zul & Darling..

kali ni lepak kat Alamanda...

saya sempat singgah rumah dan salin baju dulu

hihi...;]

kami dinner di Noodle Station



makan nasi pula..



muka saya sudah kelihatan letih sebab tak tidur lagi..



zul perlukan lighting lebih untuk nampak putih dalam gambar ;p



tapi sayang...hanya gigi jer nampak putih!

kami makan-makan...

borak-borak...

bergaduh...( tu wajib antara saya dengan zul )


lepas tu kami jalan-jalan...



cuba teka mana satu orang mana satu patung...



kahkahkah..;p

lepas tu, zul keluarkan idea...

jom karoke!!

macam biasa saya tak pernah tolak kalau ajak karoke..

ayuuhh berentap!



zul bajet macam Bruno Mars



Darling pula layan lagu siti


bergambar sebentar!



setelah berhempas pulas menyumbang/mensumbangkan lagu...

kami pun pulang ke pangkuan jalan..

on the way pulang tu sempat lagi posing



apabila model sebenar ( darling ) beraksi..

model cap kicap (saya ) tak boleh cari makan



lepas tu saya pun pengsan...

(@_@)

Saturday, April 23, 2011

Diaa versus mamak maulana

jadual kerja saya pada bulan April


1hb & 2hb - kerja malam/rest

3hb - off

4hb & 5hb - kerja malam/rest

6hb - off

7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, dan 15hb - kerja non stop
(saja taip satu-satu nombor nak bagi nampak banyak)

16hb - off

17, 18, 19, 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, dan 28hb - kerja macam bangla

29hb - off

30hb - kerja malam


kesimpulan : sebulan kerja ada 4hari jer 0ff..

hebat tak???

mamak kerja maulana pun kalah..

rasa nak menangis sebab tak sempat nak balik melaka jumpa mak

tapi bila tgk jadual senior lagi dahsyat...

salah seorang senior saya kerja 24jam non stop

pehh... memang jadi idol saya

apa boleh buat..

dulu dah berikrar apa saja untuk negara..

T_T

p/s: masa tengah taip ni kepala kat keyboard (0_o)v

Saturday, April 16, 2011

cerita semalam...

hai! :)

sebelum saya pergi riadah kejap lagi..

saya nak tulis cerita semalam..

semalam saya berkursus di PJ...

kursus tamat jam 4:45pm..

hujan turun dengan lebatnya ketika itu..

saya agak kecewa sebab saya sangat lapar

disebabkan tak tahan lapar.. saya redah juga hujan walaupun ketika itu masih renyai

..."kenapa tak guna payung??"...

ohh...

pantang larang kami sebagai 'ahli nujum' tidak boleh menggunakan payung ;]


bila sampai di kereta... saya agak basah..

saya meneruskan perjalanan menuju ke rumah...

jem di KL sangat teruk..

nasib baik iman saya kuat...

saya sabar dan hanya menggunakan lorong kiri


ketika itu gastrik mula menyerang saya...

perut & kepala sakit yang amat

saya buntu...tak tahu nak makan apa..

sepanjang perjalanan saya berfikir..

akhirnya saya sedar tekak saya teringin nak makan sushi

cuaca hujan & sejuk buat saya teringat pada negara jepun

saya gagahkan diri drive menuju ke alamanda..

sampai alamanda saya bergegas menuju ke sushi king


suasana ketika itu agak lengang..

mungkin tengah bulan...semua orang kering..

saya jer yang tak kering sebab saya tanam pokok duit-duit kat belakang rumah

saya duduk & order..

semua saya tengok menarik (sebab dah kebulur sangat)

dan semua saya minta 2set..

saya pandang sekeliling lagi..

kebanyakkan orang yang datang sushi king makan sorang2

saya gembira sebab dah ada port baru nak makan sorang-sorang nanti..

makanan sampai, saya makan dengan gelojohnya tanpa sedar saya diperhatikan

...............

saya tak mampu habiskan semua makanan sebab banyak sangat order..

kepala masih sakit...

migrain saya makin teruk gara-gara nescafe/xcukup tidur/gastrik

saya pergi ke Watson untuk beli panadol & mineral

kat situ juga saya telan panadol sebab dah tak tahan

kebelakangan ini saya kerap sakit kepala..

setiap hari selepas makan saya akan telan 2biji panadol..

rasa macam makan supplement pula ;p


saya pun drive balik...

rumah begitu sunyi..

saya buka fb... untuk mencari housemate saya

rupa-rupanya mereka semua di kampung

uuuwwwaaaaa!!!...

saya pun terlelap...

bangun-bangun dah hari baru...

itu saja...

kesimpulannya:

hari ini baru saya terfikir... bahan-bahan buat sushi-sushi semalam dia order dari jepun ker???

oh tidakkk!!!!

Thursday, April 14, 2011

Tahukah Anda???


Tahukah anda...

~ketika lahir, punggung Albert Einstein keluar dahulu sebelum kepalanya!

Tahukah anda...
~di Albania, menggeleng kepala bermaksud "Ya", dan
mengangguk kepala bermaksud "Tidak"


Tahukah anda??

~secara fizikal semulajadi,adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri...

Tahukah anda??
~untuk pertama kalinya 5 dari 10 azam 2011 saya tercapai pada tahun ini :)

tapi...
tahukah anda, azam nombor berapa yang tercapai tu??


akhir sekali,

tahukah anda bahawa hampir semua pembaca entri ni telah cuba untuk menjilat sikunya sebentar tadi...

huargharhahar...!!

Saturday, April 09, 2011

saya tak suka April...:'(

saya selalu berharap bulan April berlalu dengan pantas..

walaupun Mr X dan papa lahir pada bulan April..:(

hati saya masih xmampu berasa gembira meniti hari-hari dalam April.

terlalu banyak kisah sedih dan kenangan pahit untuk dikenang..


malam semalam saya lap hair dryer lama saya..

hair dryer tu dah xboleh berfungsi tapi saya masih simpan.

ke mana-mana saya berpindah pun saya bawa bersama..


saya sayang hair dryer ni sebab ada sentimental value

walaupun xda jenama tapi itula pemberian terakhir arwah papa pada saya


saya ingat lagi, masa tu kami kat kedai elektrik nak beli penapis air

tauke kedai suruh pilih nak hadiah percuma apa

papa suruh saya pilih nak apa?

saya pilih hair dryer sebab saya xpernah ada hair dryer..

kira tu first time saya dapat hair dryer :)

happy sangat...papa pun tersenyum tengok kerenah saya..


setiap hari saya guna dan lama-kelamaan hair dryer tu patah dua

mungkin sebab takde jenama dia xtahan lama..

saya cuba gamkan balik dan ikat dengan getah

tapi terlalu bahaya untuk digunakan lagi..


sejak tu saya cuma simpannya baik-baik dalam laci

dan sesekali lapkan debunya

mungkin benda ini tak berharga pada orang lain

tapi bagi saya ia sangat bermakna


hanya hair dryer ni satu-satunya kenangan saya bersama papa

barang-barang lain semua terhapus dalam satu tragedi


setiap kali lap debu pada hair dryer ni

boleh buat saya terkenang pada senyuman papa ketika itu

itu sudah cukup mengubat rindu saya pada dia...:')


Mmmmm....

jangan risau saya tak nangis pun masa tulis entri ni...

:)

saya tengah kerja sekarang

mana boleh nangis

boringla..

tengokla muka saya takde kerja & syok sendiri depan laptop





hihihi...


cepatla masa berlalu!!

saya nak balik tidur!

semalam tidur 2jam jer...

Tuesday, April 05, 2011

istimewa buat Mr X...:)





Khas buat diri mu,
Insan yang penuh dengan cinta dan sayang..

Saya panjatkan rasa penuh kesyukuran pada Illahi,
Kerana memberikan masa untuk saya mengenali erti kasih sayang dari seorang insan,

Menghayati pengorbanan luar biasa yang mencetus keinsafan dan memberikan saya waktu untuk mengecap cinta seikhlasnya..

Saya terharu bila dia berkata cintanya kepada saya tak diperlu dibalas,
Hanya kegembiraan di wajah saya boleh membuat hatinya puas..

Buat yang tercinta,
Doa saya tujukan khusus buatmu..

Tika sujud yang panjang, saya memohon agar kehidupan mu sentiasa dalam rahmat Tuhan.

Semoga dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang penuh keberkatan..

Saya doakan, biarlah hanya yang terbaik berlaku dalam kehidupan mu,
Dunia dan akhirat bersama-sama kita gapai penuh kesyukuran..

Harapan dan impian saya, agar saya mampu membuat dirimu sentiasa tersenyum dan tertawa saat kita bersama meniti usia.

Moga Allah berikan saya kekuatan untuk berikan ketenangan dihatimu
walaupun tika hidup kita sedang diuji..

Terima kasih Allah kerana jadikan dia untuk saya....
Terima kasih juga kerana hadirnya dia begitu membahagiakan saya..

~...ikhlas dari hati...~

HAPPY BIRTHDAY MY LOVE!!!

Monday, April 04, 2011

lagenda awan hitam...

tersebutlah sebuah kisah.. di suatu kawasan gurun bersebelahan dengan gurun sahara..

terdapat sekelompok awan hitam yang amat ditakuti manusia...

mengikut lagenda sesiapa yang terpijak bayang-bayang awan hitam itu akan mendapat pasangan yang kurang kacak/cun..



pada suatu hari...ada 3sahabat ingin mengembara di gurun tersebut untuk mencari kesahihan cerita itu..

sahabat itu ialah Cik Hunny, Celine Diong & Zul... mereka bertiga meneruskan pengembaraannya selama 3hari dan akhirnya mereka bertemu dengan sekelompok awan hitam itu...

bayang-bayang awan hitam itu memang cukup menakutkan.....

cik hunny selaku ketua XPDC(ekspedisi) merupakan seorang yang sangat licik dalam hal-hal mengelak ini...

tetapi...elak punya elak..punya elak...
akhirnya cik hunny tewas juga...kaki kiri nya terpijak bayang-bayang awan hitam menyebabkan dia mendapat boyfriend yang kurang kacak sekarang..;p

kini giliran Celine Diong pula mencuba nasib...
melihat kepada kegagalan cik hunny dalam cubaan mengelak.
membuatkan Celine hilang keyakinan diri..
baru 3langkah dia mengelak..dia sudah jatuh tergolek di atas bayang-bayang awan itu..
dan hasilnya...google lah sendiri "husband celine diong"

akhirnya tinggallah zul seorang untuk meneruskan perjuangan.
dengan latar belakangnya merupakan seorang askar dan pernah berjaya mengelak serangan peluru berpandu.
zul merasakan ini sesuatu yang mudah.

zul pun melompat dan mengelak dengan penuh bergaya sekali.
setiap langkahnya teratur dan begitu licik menyebabkan awan hitam tidak sempat mengejarnya.

...akhirnya zul berjaya melepasi bayang-bayang awan tersebut..

dia dengan angkuhnya berkata pada Cik Hunny & Celine...

........"SEE MY LEGS LA..!"

zul pulang dengan hati yang gembira & bangga...

tetapi...
suatu kebenaran yang zul tidak tahu sehingga kini...

iaitu...

girlfriendnya...(Da****g)..
sudah terpijak bayang-bayang awan hitam itu pada minggu lepas....;p


p/s : cerita ini tiada kena mengena dgn Zul Helmi ataupun Norzulhilmi ;p

Friday, April 01, 2011

saya a.k.a hannah tan ;p

hari ni saya happy!!!!

;D

sebab akhirnya saya jumpa spec hannah tan yang saya cari-cari selama ini!

walaupun saya baru buat spec 2minggu yang lepas (-.-)

tapi saya tak dapat menahan nafsu saya untuk beli spec baru lagi

adoiiii....kopak lagi...

tapi saya tak peduli...

janji hati happy ;)

inilah spec hannah tan yang saya maksudkam:-





cantikkan! dia memang sangat cantik ;]

sampai Mr X pun suruh saya pakai spec macam tu...

akhirnya saya jumpa kat The Mines!

lepas tu saya paksa orang kedai tu siapkan lens dia dalam

masa 40minit

hoho....sebab saya nak pakai pergi kerja malam ni juga

ini gambar saya bergaya dengan spec baru sebelum pergi kerja




Mr X...nanti saya claim balik harga spec ni...

harharhar...!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...