Pages

Wednesday, May 04, 2011

luahan...

hi..

saya tengah marah..

saya susah nak marah..

tapi kalau saya marah maknanya saya benar-benar dah kecewa

saya pelik kenapa masih nak mengungkit sehingga berpuluh-puluh kali cerita yang sama

kenapa nak canangkan cerita tu pada semua

kenapa hanya kerana saya tak boleh tunaikan satu permintaan itu saja

saya dikutuk tak habis-habis

penjelasan sudah saya beri

tapi sindiran masih tak berhenti


cubalah berfikir dengan otak

jangan pentingkan diri sendiri

fikirlah juga situasi orang lain

saya dah cuba terbaik untuk kamu

kenapa masih nak ungkit satu permintaan itu

sedangkan semua permintaan lain telah saya tunaikan

sesekali jadilah insan yang memahami

saya juga manusia biasa


belajarlah bersyukur

dan belajarlah untuk memahami situasi orang lain

belajar juga untuk bersikap positif

hati saya sedih.. hanya kerana perkara kecil itu

kamu menilai persahabatan kita yang lebih sedekad

saya tak rasa benci

cuma sangat kecewa

saya harap suatu hari nanti kamu sedar dari tafsiran negatif sendiri

kita sama-sama sudah dewasa

fikiran perlulah lebih terbuka


kenapa masih nak ingat perkara itu

sedangkan masih banyak kenangan manis bersama

Monday, May 02, 2011

Popeye's the sailorman! tun..tunn...

hai!

welcome back ;p

macam biasa sekarang ni tengah kerja...

sebenarnya takde idea nak mengarut apa..

tapi untuk mengelakkan tangan ni asyik nak menyuap makanan jer

lebih baik saya menaip sesuatu..


semalam saya pergi makan kat Popeyes lagi

saya rasa Popeyes dah jadi salah satu favourite saya

kali ni saya bawa Mr X

nak suruh dia try dan komen pula



tapi macam biasa..

Mr X dengan saya bagai langit dan bumi

taste kami selalu berbeza!

dia cakap, "secara peribadinya, KFC lagi best!"

Aaarrgghh...suka potong angin orang.. ;[

tapi tak kisahla, janji dia bayar ;]



secara peribadinya... saya memang lebih suka Popeyes..

sebab banyak pilihan..

ada ikan & udang lagi

cole slaw dia pun lagi best dari KFC

tapi tak kisahla.. sedap tu subjektif

janji kenyang :D


lepas makan.. macam biasa

Mr X mesti nak singgah kedai buku

( tempat paling saya tak suka! )





saya alergi dengan buku

jangan kata suruh baca

bau pun dah pening kepala rasa (@_@)

saya pun buat muka 10sen

supaya cepat keluar dari situ ;p


kami pun jalan-jalan tengok pameran lukisan



lepas tu kami ke salon..

sebab rambut Mr X dah bergulung-gulung panjang

saya pun sama lorat nak gunting rambut juga

( walaupun baru gunting 10hari yang lepas )


tapi saya potong fringe jer..


Mmmmm... saya dah malas nak taip la..

perut dah lapar balik.

nak makan dulu..


...to be continue....

< kalau saya ingat >
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...