Pages

Wednesday, February 27, 2013

Round Seoul (Part 1)

Pejam celik pejam celik.. dah seminggu kt sini.. esok last day minggu orientasi lepas tu dh start kuliah & Lab.. mesti sangat buzy.. tapi insyallah saya akan update blog ni selalu untuk tatapan orang-orang tersayang..:')

Minggu orientasi kat sini sangat-sangat berbeza dengan minggu orientasi yang pernah saya lalui masa kt UPM dulu.. jadual dia xpadat.. memang ada banyak masa terluang & banyak masa nk p menghabiskan duit..(dah beratus ribu won habis walaupun baru duk seminggu ;p)
tapi jgn terkejut sangat 1000won baru RM2.90..
Walaubagaimanapun, barang skincare, baju & alat elektrik mungkin murah cikitla tapi barang makan agak mahal.. contoh macam harga 10biji telur = 4400won = RM13.00!!! pehh mahal.. belum citer nenas, pisang & lain2 lagi.. Yaaa baruku tahu itulah rahsia orang Korea kurus!

Jadi nasihat saya, siapa nak datang melancong kt sini.. beg tu isi makanan jer ok... kt sini nanti boleh beli baju, seluar, kasut & makeup semua tu...and saya perasan perfume murah kt sini! Oyaaa... lagi satu barang-barang kt sini xdela berjenama.. tapi kualiti dia ok..

Okeylah sebut pasal minggu orientasi.. semalam, kami selaku International Students.. dibawa round2 Seoul.. best! tapi malangnya saya salah pakai jaket.. sekarang masih lagi penghujung winter.. sepatutnya saya pakai winter coat tapi saya kan orang kampung bukit godek.. saya p pakai kot untuk musim Spring!!! (Manala aku tahu! Ingat kot semua sama...rupanya material dia lain-lain..)


Sejuk giler time ni..tapi tetap kena control ayu..;p
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berbalik kepada cerita round2 Seoul..

First sekali, kami pergi ke rumah Yoo's Family.. kt situ kitorang belajar adat & tradisi orang Korea..
terutamanya macamana cara nak buat teh..

Zaman dahulu kala, teh kat Korea sangat mahal..kerana mereka terpaksa import dari Thailand.. Jadi, kalau ada tetamu-tetamu kehormat atau majlis2 tertentu jer diorang akan hidang teh.. Tetapi sekarang mungkin tidak lagi, mungkin kerana sejak adanya teh Boh & teh Lipton..;p

Model di atas adalah kawan ku dari Thailand.. Suai ching-ching!! (maksudnya sgt cantik!!)

Lepas buat teh, kami diberi peluang pakai pakaian tradisional Korea.. Han-book!


Lepas pakai feeling seperti puteri Korea zaman dulu kala... tetapi hakikatnya saya hanya memakai pakaian orang bawahan masyarakat Korea.. Kawan yang disebelah tu barulah pakaian seorang puteri raja yang sebenar (-.-')

Selepas puas bergambar dan ke sana ke mari dengan baju Han-book tu.. kami disuruh tanggalkan dan kali ni kami di ajar buat lukisan-lukisan (wooden block printing) berkaitan dengan Feng Shui orang korea..
Saya sempat buat dua lukisan!

Satu untuk Mr X yang tercinta dan satu lagi untuk family yang tersayang...

Lepas tu banyak lagi aktiviti kitorang.. kami diajar memasak pelbagai jenis makanan orang Korea..

Saya hanya memakan pancake nyer sahaja.. kerana diyakini halal..yang di atas ini saya xmakan...

Selepas kenyang kami disuruh berjalan.. jauh bangat untuk round Bukchon Hanok village..

tempat ni popular.. tapi saya malas nak cerita.. panjang sangat...korang google la sendiri..
tapi kalau korang nak tahu kawasan-kawasan kat Korea semuanya xrata.. dia macam ada bukit & curam.. dan bila bina rumah diorang xcuba untuk meratakan tanah itu kerana mereka percaya pada Feng shui yang tanah ada talian dengan alam semesta dan bla..bla..bla.. pendek kata diorang xnk rosakkan kejadian alam...

Alamak..dah pukul 11malam... saya belum mandi lagi!!! okeylah stop dulu.. nanti saya sambung cerita..
Kamsamida!

Love,
Diaa Fariza

Saturday, February 23, 2013

To: SiTi S_LBi_H B_N_i J_SM_N

Dear Salsabiela Martoyo (Not her true name),

How are you? I hope you are doing well.
I just want to tell you. I found something that really suits your senile and negligent attitude.

This is what I mean...
keyless door knob...;]

Based on your true story, you have the experience owning 5 duplicate keys at one time.
But due to your nature of senile.. you forgot to bring all of the keys (-.-')

So, as your best friend and REALLY TAKE CARE ABOUT YOU..;p I suggest you to change all your old fashion door knob to the pin code keyless door knob.

First time I saw this knob, I have a problem to open the door. Yaa... jakun :"> malu guwe..
but after my friend told me how to open.. I love this technology and its remind me to you..:)

I hope you love this and can make the changes as soon as possible.
Bye-bye & take care!


p/s: Don't forget to SMS me your password.


Love,
Tyra Banking

Friday, February 22, 2013

Laporan buat Mr X, keluarga & sahabat2..

Assalamualaikum...

Semalam aku tidur awal.. jam 10malam gitu.. Ya ampun.. bantalnya keras bangat... bangun-bangun.. kepala ku bisa sakit sekali.. terus aku bilang dalam hati.. hari ini juga aku mau cari bantal lain...
Yaa... kenapa aku berbicara dalam bahasa Indonesia??? hahaha... aku baru pulang dari shopping sakan bersama teman ku dari Indonesia.. terus bicara ku jadi sebegini ;p

okeylah.. gurau saja.. boleh lagi cakap melayu...

hari ni saya bangun tidur agak awal.. bangun-bangun terus ke beranda bilik... nak tengok cuaca pagi ni macamana sebab saya perlu keluar awal untuk hadir ke dewan meraikan majlis menyambut kedatangan siswazah-siswazah baru 2013 ;)

buka jer tingkap beranda.. terkejut tengok salji!!



pehhh... macamanala saya nk merentasi salji-salji ini untuk ke dewan.. serius..lama juga saya fikir.. sebab risau nanti jatuh sakit... tapi...
rupa-rupanya ni perkara biasa bagi orang korea.. diorang boleh jer jalan kaki p kuliah macam biasa... orang mongolia lagi la.. bagi diorang suhu ni ok lagi sebab suhu kt negara diorang -25'C.. errkk..
patutla mereka boleh pakai legging dengan short pant jer..


Perhimpunan meraikan kedatangan mahasiswa baru sangatla sempoi...xde ucapan panjang lebar yang boleh buat kita menguap sepanjang perhimpuan.. diorang siap selitkan hiburan-hiburan supaya kita xngantuk..
profesor-profesor siap joget gangnam style lagi..
memang sempoi habis..

pelajar-pelajar apa lagi..bersorak macam nak pecah dewan...





ni pula x-students...

Diorang pun spoting habis.. siap menari lagi..
Walaupun xfaham sepatah pun ucapan yang disampaikan.. tapi saya tak tidur dalam dewan.. sebab gelak tengok gelagat diorang ;]

Habis ceremony ni.. kitorang ada party pizza.. memang saya bantai makan habis-habisan.. lapar yang amat seharian xmakan.. sebab semalam saya xjumpa kafeteria.. saya cuma makan serunding, maggie and air suam jer!!

dalam party tu saya jumpa Ayu! yaa happy sangat jumpa dia.. Ayu dari Indonesia.. dialah yang banyak tolong saya buat persediaan ke Korea. Saya kenal dia melalui google search jer! Jumpa blog dia..and dari situ kami kenal..Walaupun xpernah jumpa sebelum ini.. tapi dia sangat2 baik & ikhlas menolong saya.. serius saya rasa bersyukur kenal dia!

tu dia Ayu.. orangnya sangat manis...



Abaikan pakaianku seperti mahu pergi jogging... hahaha... baju sangat limited masa bawa ke sini.. jadi saya main sarung mana yang ada jer..
Thanks Ayu hanya Tuhan saja dapat membalas jasa baik anda.. minggu depan Ayu dah konvo & balik Indonesia.. :') lepas ni saya tak tahu nak cakap melayu dengan siapa.. tapi tadi saya ada buat lawak... saya ada kenalan dari India juga.. saya p cakap melayu dengan dia..
sengal..;">
malu setempek.. sebab biasa cakap melayu dengan orang India kat Malaysia... hahahaha..

Malam ni saya dapat makan nasi.. nasi segera... cuma masuk dalam microwave.. setkan 3minit terus boleh makan begitu saja!
sangat sedap.. rasa macam pulut! yang rendang daging & serunding tu..not included.. tu bawa sendiri dari rumah.. jadi..siapa2 yang nak datang Korea xperlu risau sangat pasal makan.. janji ada bawa serunding dari rumah..dah boleh hidup kat sini ;)

Akhir sekali saya nak beritahu.. saya dah tukar skin care..;p saya try brand innisfree...
dengan harapan lepas ni boleh jadi cantik & putih macam Girls Generation...;p

Okeylah.. sampai di sini saja laporan dari Korea.. khas buat tatapan Mr X.. :')

Salam...

Love,
-Diaa Fariza-

Thursday, February 21, 2013

Orang Bukit Godek sampai Korea!

Ya Allah...

Please keep my..


loved ones....



family...

+


and friends...



safe...

Please watch over them always and let good health, happiness, and good fortune befall them.

Ameen....:)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saat-saat sebelum berlepas ke Korea semalam.. walaupun flight pukul 11.20pm tapi kesudian keluarga dan kawan-kawan melambai saya amat dihargai.. terharu..and tqvm :')

Inilah 1st time saya naik flight seorang diri untuk ke oversea.. dan 1st time juga naik Korean Air. Alhamdulillah seat memang selesa tapi tetap xboleh tidur dengan nyeyak.. ni semua  sebab cuak gara-gara tonton Air Crash Investigation banyak sangat (-.-').. tapi alhamdulillah semuanya selamat.. saya jer cuak terlebih macam makcik-makcik..

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6jam.. sebab hampir pukul 7pagi time Korea saya sampai.
Sepanjang perjalanan tu makan bubur nasi sos teh hijau (bunyi macam pelik sebab xde lauk tapi sedap juga).. terpaksa ambil meals khas untuk orang vegetarian.. nak ambil ayam tak yakinla pula.. kalau naik MAS lain cerita..

Sampai Incheon Airport jer captain buat announcemen suhu kat Korea -5'Celcius.. dalam hati memang terdetik.. macamanala rasa sejuk bawah paras beku ni? walaupun ragu-ragu saya tetap sarung je jaket sampai 3lapis. lepas tu bila jalan masuk dalam airport rasa macam xsejuk sangat pun...
macam overla pula pakai sampai 3lapis.. ;[

keluar dari gate ketibaan.. saya dah nampak ada orang pegang kadbod nama saya.. hihihi.. lega sangat!! dia tolong bawakan beg dan jumpa seorang lagi pelajar dari Guatemala yang dah lama menunggu.. dia lagi kesian flight amik masa 15jam.. sampai dia cakap rasa  macam nk tercabut pinggang duduk lama sangat.. time melangkah keluar dari airport untuk ke kereta barulah saya terkejut.. sebab masa bercakap dengan kawan tu..asap berkepuk-kepuk keluar dari mulut saya.
serius memang terkejut.. telinga & hidung rasa sejuk & pedih sangat.. last2 saya lari masuk kereta.. memang betul-betul boleh beku!

Perjalanan dari airport ke university lebih kurang sejam juga..
Ni abang hensem yang hantar kitorang ;p


masa dalam kereta memang pelik sebab driver duduk belah kiri.. bila saya pandang kiri xde kereta.. pandang belah kanan pula kereta berpusu-pusu dari arah depan.. tapi tu xpelik lagi.. ni lagi pelik
bila saya duduk belakang saya suka tilik muka guna cermin depan.. tapi kali ni berusaha banyak kali tetap xnampak muka saya kt cermin depan tu...hohoho...pelik + kecewa...:(

Okeylah, ni jer pic yang sempat saya snap masa dalam kereta..



lepas tu bateri kong.. hohoho.. lagipun cuaca terlalu sejuk.. saya try keluar untuk amik gambar tapi lari balik sebab xtahan..

esok mungkin saya akan ambil gambar-gambar kt university ni sebab saya dah ada kawan baru yang sudi teman.. :)

Oklah.. sekian dulu laporan dari Korea

love,

Diaa Fariza

Monday, February 18, 2013

Celoteh pagi hari...


Minggu ni saya sangat busy dan penat.. banyak sangat benda yang kena buat dalam tempoh singkat.. daripada urusan kelulusan cuti belajar sampaila urusan beli rumah..

time-time nak pergi Korea ni juga la.. saya beriya nak beli rumah.. adakah ini yang dikatakan.."cinta pandang pertama.." 1st time tengok hati dah berkonan..walaupun hanya tengok tiang-tiang yang dipacak jer.. bayang rumah belum ada lagi..
(-.-')

Sebenarnya saya sedang risau, agak-agak dalam tempoh kurang dari dua minggu ni loan rumah, urusan surat menyurat dan janji-berjanji dengan lawyer boleh settle tak? Hoho..
caraku bercakap macam ada bapak lawyer & mak pula manager bank.. yang mana loan boleh lulus sekelip mata dan perjanjian boleh ditandatangani di dapur rumah.. ;p

Arrggghhh.. menyesal buat kerja last minit!

okeyla... full stop pasal rumah..

Berbalik dengan urusan kelulusan cuti belajar...hari ni saya ulangalik dari putrajaya ke cyberjaya, cyberjaya ke petaling jaya... dan Alhamdulillah akhirnya berjaya! JPA dah luluskan kebenaran cuti belajar.. sebelah kaki dah boleh langkah keluar tapi sebelah lagi masih terikat selagi belum terima surat kebenaran dari MOSTI.. harap semuanya ok dan saya boleh pergi belajar dengan tenang..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

cerita di atas saya taip minggu lepas... lepas tu saya terlelap.. hohoho... berikut adalah sambungan selepas seminggu... ;p

mengenai urusan rumah.. Alhamdulillah loan ku sudah lulus... meskipun bapa ku bukan lawyer.. tapi segala urusan kelulusan rumah itu benar-benar berlaku sekelip mata.. sungguh tak ku sangka... memang jodohku dengan rumah itu.. walaubagaimanapun masih terlalu awal untuk melompat kegembiraan... ini kerana perjanjian masih belum ditandatangani lagi.. ;)

pejam celik pejam celik.. ouch..sudah sangat hampir masa untuk saya berangkat ke Korea..
saya sangat takut.. risau.. nervous.. sedih.. excited.. semua bercampur aduk sampai saya rasa macam xde perasaan pula sekarang.. walaupun tinggal lagi 2,3hari nak berangkat tapi barang saya tak packing lagi..
apa sudah jadi dengan saya..???

nasib baik tengok episode last Asia Next Top Model.. sedikit sebanyak rancangan tu ada memberi sumber inspirasi dan semangat untuk saya berjuang dan teruskan cita-cita.. Macam xde kaitan pun modelling dengan meteorologi.. hohoho.. sebenarnya ada! kedua-dua menggunakan model untuk run/runway ;p

berbalik kepada persiapan saya.. saya baru beli kamus oxford mini.. niat di hati nak beli kamus besta.. tapi mahal nk mampus.. xsesuai langsung harga macamtu jual kt student..! jadi terpaksa beli kamus mini yang boleh muat dalam poket seluar dan senang dibawa kemana-mana..

Oh..lagi satu, sebelum saya berangkat saya nak beritahu Melaka dah ada Hard Rock..!




hihihi... Hard Rock Melaka sangat best sebab kedudukannya yang strategik iaitu terletak disebelah sungai Melaka dan Jonker Walk.. agak-agak xcukup duit nak masuk bolehla tengok live band dari tepi sungai.. view dia sangat cantik! lagu yang diorang nyanyi pun masih jelas kedengaran.. cume sesekali diselangi dengan bunyi enjin cruise yang lalu kt sungai tu..

oklah.. dah pukul 9.00am.. saya mahu mandi dan pergi ofis.. tiba masanya untuk ucapkan bye-bye kat kawan-kawan ofis :') Next entri..saya akan tulis dari Korea.. Mr X & makcik2 sangat berharap saya kerap update blog masa kat sana nanti.. Insyallah...saya akan selalu update.. this I promise U! ;p

p/s: saya suka lagu kat bawah ni--->




bye-bye...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...