Pages

Thursday, February 10, 2011

aku sebuah hp Diaa Fariza

nama aku "NOKIA"
aku berasal dari MINES shopping complex...
suatu hari ada seorang gadis datang membeliku...
aku berasa sangat gembira kerana dapat melihat dunia luar selepas ini..:)

gadis itu menjaga aku dengan baik sekali...
dia memberi aku pakaian untuk melindungi aku dari terluka...
aku dilap & dibersihkan setiap hari...
aku sangat gembira kerana sentiasa diingati & disayanginya...

tapi kegembiraan aku itu tidak berpanjangan...
sebulan selepas bersamanya aku menghidap penyakit kronik..
aku kerap pengsan & diserang stroke tiba-tiba...
gadis itu mula menjadi doktor kepadaku...
walaupun aku tidak yakin kepadanya tetapi aku tak ada pilihan..(-.-')
aku sering di'operate' olehnya...
badahku dibedah...
jantungku dikeluarkan sebentar dan dipasang semula olehnya...
aku kembali bernyawa...
doktor a.k.a gadis itu tersenyum melihatku bernyawa kembali...

aku diguna tanpa henti..
badanku dipicit-picit tanpa mengira pagi,petang mahupun malam...
aku sangat penat dan tidak bermaya kerana tidak diberi rehat & makan secukupnya..
setiap kali aku baru makan beberapa Volt aku telah pun ditarik dari sumber makanan...

oleh yang demikian, aku jatuh sakit semula..
kali ini lebih teruk...
aku tidak dapat bertahan lama dan aku sering koma...
doktor a.k.a gadis itu juga tidak mampu menyelamatkanku lagi...
dia kelihatan sudah putus asa...

aku sering dicampak & dipanggil bengong olehnya...
aku sedih...(T_T)
lebih sedih baju aku sudah seminggu hilang tapi gadis itu tidak sedar...

baru-baru ini aku mendengar perbualan gadis itu dengan seseorang...
dia sangat tidak berpuas hati denganku dan teringin mencampakku ke dinding...
aku takut...
kini...aku selalu berdoa...
agar pencuri, datanglah mengambilku secepat mungkin...;p

sehingga hari ini aku masih berada dalam ketakutan...

pesanan buat si gadis : ingatlah aku di beli dengan duit..bukannya daun...


ini ialah datuk ku... demi keselamatan aku tidak mahu memaparkan wajahku disini...

4 comments:

Zul Helmi said...

ntah ape2 Yah ni..haha~

Syahriah said...

hahahaha sangat kelakar! nak terguling-guling da ni. pandai ko buat karangan Darjah 1, boleh dapat A++ lagi. hehehe

Diriku adalah DiRiKu said...

haha.. time nie mmg la pandai, cuba time darjah 1 dulu, karangan cam budak x masuk tadika.. :P

Nurdina Najwa@LovelyDna said...

hahah^^ lg kelakar bila terbayang kan action pack yg akan d lakukan oleh 'gadis' itu....giler lawak sampai terguling2 siap buat bradance lg...muahahha.ngehh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...