hi..
saya tengah marah..
saya susah nak marah..
tapi kalau saya marah maknanya saya benar-benar dah kecewa
saya pelik kenapa masih nak mengungkit sehingga berpuluh-puluh kali cerita yang sama
kenapa nak canangkan cerita tu pada semua
kenapa hanya kerana saya tak boleh tunaikan satu permintaan itu saja
saya dikutuk tak habis-habis
penjelasan sudah saya beri
tapi sindiran masih tak berhenti
cubalah berfikir dengan otak
jangan pentingkan diri sendiri
fikirlah juga situasi orang lain
saya dah cuba terbaik untuk kamu
kenapa masih nak ungkit satu permintaan itu
sedangkan semua permintaan lain telah saya tunaikan
sesekali jadilah insan yang memahami
saya juga manusia biasa
belajarlah bersyukur
dan belajarlah untuk memahami situasi orang lain
belajar juga untuk bersikap positif
hati saya sedih.. hanya kerana perkara kecil itu
kamu menilai persahabatan kita yang lebih sedekad
saya tak rasa benci
cuma sangat kecewa
saya harap suatu hari nanti kamu sedar dari tafsiran negatif sendiri
kita sama-sama sudah dewasa
fikiran perlulah lebih terbuka
kenapa masih nak ingat perkara itu
sedangkan masih banyak kenangan manis bersama
2 comments:
sama-sama mengalah dan fikirkan yang indah2 jalan paling trbek ;)
tq syafiq... alhamdulillah skg sy dh xmarah! ;]
Post a Comment