Pages

Friday, March 18, 2011

Diaa sedia membantu...

Nur Sarah, P.pinang,
Diaa,saya bakal mendirikan rumah tangga minggu hadapan.
Masalah saya,saya tak fotogenik...sudah 3malam saya fikirkan masalah ini.
Apa yang perlu saya lakukan?

Reply:
Masalah begini,kamu perlu berbincang dengan photographer.
Minta dia hanya fokus pada baju & aksesori...Blur kan wajah & snap sebanyak yang mungkin...


Muhaimin, JB.
Saya berusia 27tahun dan masih single. Saya sering keliru untuk membezakan anak dara,isteri orang & mak budak? Harap dapat beri petua.

Reply:
Situasi ini agak sukar tapi ibu pernah turunkan petua kepada abang saya. katanya lihat cincin pada jari mereka.

anak dara: cincin silver/sinma di mana-mana jari mereka. itu saja yang mampu beli

isteri orang: cincin emas di jari manis kiri/kanan...kadang-kadang dipakai pada jari hantu dan juga jari kelingking...kes berat pakai di ibu jari

mak budak: tiada cincin di jari mereka...sama ada sudah digadai atau disimpan kerana ketat ;p


Zul, Lumut.
Saya seorang Navy dan kini rambut saya sudah mencecah bahu?
Barber di sekitar Lumut semuanya tidak mahu menggunting rambut saya.
Kini saya kerap di hukum gara-gara rambut ini. tolong saya Diaa :'(

Reply:
berhenti minta style rambut "pendek kacak!" barber 1Malaysia pun xmampu lakukan


Salsabila, KL.
Diaa, hati saya sangat sakit sekarang kerana boyfriend saya ada kekasih gelap.
Saya dah break up dengan dia tapi hati saya masih sakit. Bagaimana nak hilangkan sakit hati ini?

Reply:
hantukkan kepala kuat-kuat kat dinding. selepas ini kamu akan sakit kepala dan terlupa pada sakit hati


Boboy, SMK Padang Jarak.
akak...saya bakal menduduki PMR tahun ini. Ibu asyik mendesak saya baca buku.
Saya bukan taknak study tapi setiap kali study saya akan selsema. ibu tidak memahami saya. akak,tolong nasihatkan ibu ;[

Reply:
itu merupakan simtom-simtom sakit Phemalash (silent 'h')..sehingga hari ini belum ada penawar...dan setakat ini hanya ada 2orang yang menghidapnya..iaitu adik dan akak ;p
nasihat akak,pura-pura kena sawan setiap kali baca buku ;]



segala masalah yang sukar diatasi bolehla emelkan kepada saya..

5 comments:

comothebat said...

sengal la ko yah..
ilang ngntok aku..heeeeeeee..

Zul Helmi said...

oit~!

Diaa Fariza said...

comothebat: kamu siapa ya?
zul: yg zul lumut tu zul la...hahaha

Zul Helmi said...

zul tau la, tu yg zul oit tu..kira zul ni kacak la ye?hahaha

Ms Marliana said...

bagus ye wan.. membantu gaya tersendiri ... pas kawen ader sakit phemalash lagik kew?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...