Pages

Monday, February 18, 2013

Celoteh pagi hari...


Minggu ni saya sangat busy dan penat.. banyak sangat benda yang kena buat dalam tempoh singkat.. daripada urusan kelulusan cuti belajar sampaila urusan beli rumah..

time-time nak pergi Korea ni juga la.. saya beriya nak beli rumah.. adakah ini yang dikatakan.."cinta pandang pertama.." 1st time tengok hati dah berkonan..walaupun hanya tengok tiang-tiang yang dipacak jer.. bayang rumah belum ada lagi..
(-.-')

Sebenarnya saya sedang risau, agak-agak dalam tempoh kurang dari dua minggu ni loan rumah, urusan surat menyurat dan janji-berjanji dengan lawyer boleh settle tak? Hoho..
caraku bercakap macam ada bapak lawyer & mak pula manager bank.. yang mana loan boleh lulus sekelip mata dan perjanjian boleh ditandatangani di dapur rumah.. ;p

Arrggghhh.. menyesal buat kerja last minit!

okeyla... full stop pasal rumah..

Berbalik dengan urusan kelulusan cuti belajar...hari ni saya ulangalik dari putrajaya ke cyberjaya, cyberjaya ke petaling jaya... dan Alhamdulillah akhirnya berjaya! JPA dah luluskan kebenaran cuti belajar.. sebelah kaki dah boleh langkah keluar tapi sebelah lagi masih terikat selagi belum terima surat kebenaran dari MOSTI.. harap semuanya ok dan saya boleh pergi belajar dengan tenang..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

cerita di atas saya taip minggu lepas... lepas tu saya terlelap.. hohoho... berikut adalah sambungan selepas seminggu... ;p

mengenai urusan rumah.. Alhamdulillah loan ku sudah lulus... meskipun bapa ku bukan lawyer.. tapi segala urusan kelulusan rumah itu benar-benar berlaku sekelip mata.. sungguh tak ku sangka... memang jodohku dengan rumah itu.. walaubagaimanapun masih terlalu awal untuk melompat kegembiraan... ini kerana perjanjian masih belum ditandatangani lagi.. ;)

pejam celik pejam celik.. ouch..sudah sangat hampir masa untuk saya berangkat ke Korea..
saya sangat takut.. risau.. nervous.. sedih.. excited.. semua bercampur aduk sampai saya rasa macam xde perasaan pula sekarang.. walaupun tinggal lagi 2,3hari nak berangkat tapi barang saya tak packing lagi..
apa sudah jadi dengan saya..???

nasib baik tengok episode last Asia Next Top Model.. sedikit sebanyak rancangan tu ada memberi sumber inspirasi dan semangat untuk saya berjuang dan teruskan cita-cita.. Macam xde kaitan pun modelling dengan meteorologi.. hohoho.. sebenarnya ada! kedua-dua menggunakan model untuk run/runway ;p

berbalik kepada persiapan saya.. saya baru beli kamus oxford mini.. niat di hati nak beli kamus besta.. tapi mahal nk mampus.. xsesuai langsung harga macamtu jual kt student..! jadi terpaksa beli kamus mini yang boleh muat dalam poket seluar dan senang dibawa kemana-mana..

Oh..lagi satu, sebelum saya berangkat saya nak beritahu Melaka dah ada Hard Rock..!




hihihi... Hard Rock Melaka sangat best sebab kedudukannya yang strategik iaitu terletak disebelah sungai Melaka dan Jonker Walk.. agak-agak xcukup duit nak masuk bolehla tengok live band dari tepi sungai.. view dia sangat cantik! lagu yang diorang nyanyi pun masih jelas kedengaran.. cume sesekali diselangi dengan bunyi enjin cruise yang lalu kt sungai tu..

oklah.. dah pukul 9.00am.. saya mahu mandi dan pergi ofis.. tiba masanya untuk ucapkan bye-bye kat kawan-kawan ofis :') Next entri..saya akan tulis dari Korea.. Mr X & makcik2 sangat berharap saya kerap update blog masa kat sana nanti.. Insyallah...saya akan selalu update.. this I promise U! ;p

p/s: saya suka lagu kat bawah ni--->




bye-bye...

4 comments:

eezarm said...

Huh? Melaka dh ada Hard Rock??? Syborg Melaka pn bole xtau...hahah...

Veelara Shamsyul said...

X sebut pun nama aku y tgu gak ko updt blog dr korea.dah la..xnk tgu ko updt blog.huh

Veelara Shamsyul said...

X sebut pun nama aku y tgu gak ko updt blog dr korea.dah la..xnk tgu ko updt blog.huh

Diaa Fariza said...

Zam: dah beroperasi pun.. kt area jonker walk.. xblh jd datuk bandar lg la..;p
Vee: makcik2 tu merangkumi semua kaum hawa ;p yaa...especially kwn2 rapat yg nk baca..termasukla veelara :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...