Pages

Wednesday, February 27, 2013

Round Seoul (Part 1)

Pejam celik pejam celik.. dah seminggu kt sini.. esok last day minggu orientasi lepas tu dh start kuliah & Lab.. mesti sangat buzy.. tapi insyallah saya akan update blog ni selalu untuk tatapan orang-orang tersayang..:')

Minggu orientasi kat sini sangat-sangat berbeza dengan minggu orientasi yang pernah saya lalui masa kt UPM dulu.. jadual dia xpadat.. memang ada banyak masa terluang & banyak masa nk p menghabiskan duit..(dah beratus ribu won habis walaupun baru duk seminggu ;p)
tapi jgn terkejut sangat 1000won baru RM2.90..
Walaubagaimanapun, barang skincare, baju & alat elektrik mungkin murah cikitla tapi barang makan agak mahal.. contoh macam harga 10biji telur = 4400won = RM13.00!!! pehh mahal.. belum citer nenas, pisang & lain2 lagi.. Yaaa baruku tahu itulah rahsia orang Korea kurus!

Jadi nasihat saya, siapa nak datang melancong kt sini.. beg tu isi makanan jer ok... kt sini nanti boleh beli baju, seluar, kasut & makeup semua tu...and saya perasan perfume murah kt sini! Oyaaa... lagi satu barang-barang kt sini xdela berjenama.. tapi kualiti dia ok..

Okeylah sebut pasal minggu orientasi.. semalam, kami selaku International Students.. dibawa round2 Seoul.. best! tapi malangnya saya salah pakai jaket.. sekarang masih lagi penghujung winter.. sepatutnya saya pakai winter coat tapi saya kan orang kampung bukit godek.. saya p pakai kot untuk musim Spring!!! (Manala aku tahu! Ingat kot semua sama...rupanya material dia lain-lain..)


Sejuk giler time ni..tapi tetap kena control ayu..;p
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berbalik kepada cerita round2 Seoul..

First sekali, kami pergi ke rumah Yoo's Family.. kt situ kitorang belajar adat & tradisi orang Korea..
terutamanya macamana cara nak buat teh..

Zaman dahulu kala, teh kat Korea sangat mahal..kerana mereka terpaksa import dari Thailand.. Jadi, kalau ada tetamu-tetamu kehormat atau majlis2 tertentu jer diorang akan hidang teh.. Tetapi sekarang mungkin tidak lagi, mungkin kerana sejak adanya teh Boh & teh Lipton..;p

Model di atas adalah kawan ku dari Thailand.. Suai ching-ching!! (maksudnya sgt cantik!!)

Lepas buat teh, kami diberi peluang pakai pakaian tradisional Korea.. Han-book!


Lepas pakai feeling seperti puteri Korea zaman dulu kala... tetapi hakikatnya saya hanya memakai pakaian orang bawahan masyarakat Korea.. Kawan yang disebelah tu barulah pakaian seorang puteri raja yang sebenar (-.-')

Selepas puas bergambar dan ke sana ke mari dengan baju Han-book tu.. kami disuruh tanggalkan dan kali ni kami di ajar buat lukisan-lukisan (wooden block printing) berkaitan dengan Feng Shui orang korea..
Saya sempat buat dua lukisan!

Satu untuk Mr X yang tercinta dan satu lagi untuk family yang tersayang...

Lepas tu banyak lagi aktiviti kitorang.. kami diajar memasak pelbagai jenis makanan orang Korea..

Saya hanya memakan pancake nyer sahaja.. kerana diyakini halal..yang di atas ini saya xmakan...

Selepas kenyang kami disuruh berjalan.. jauh bangat untuk round Bukchon Hanok village..

tempat ni popular.. tapi saya malas nak cerita.. panjang sangat...korang google la sendiri..
tapi kalau korang nak tahu kawasan-kawasan kat Korea semuanya xrata.. dia macam ada bukit & curam.. dan bila bina rumah diorang xcuba untuk meratakan tanah itu kerana mereka percaya pada Feng shui yang tanah ada talian dengan alam semesta dan bla..bla..bla.. pendek kata diorang xnk rosakkan kejadian alam...

Alamak..dah pukul 11malam... saya belum mandi lagi!!! okeylah stop dulu.. nanti saya sambung cerita..
Kamsamida!

Love,
Diaa Fariza

3 comments:

maziah said...

yang masak ala2 sambal tu kalau tak silap mcm ricecake, kenyal2. kalau dia masak campur seafood, ok, buleh ja mkn. time kursus dulu akak mintak mknn vege, dia bg benda tu goreng ngan sayur, liat sket laa.
-maziah-

Diaa Fariza said...

Aah kenyal2.. tp time ni dia masak campur dgn sosej pork.. hohoho.. tu sbb xmkn.. rasa mcm dh lama xmkn ayam...huhu

maziah said...

ada masa g la itaewon, paling simple beli kebab ja. MR kebab nama dia. tp satu set 8ribu won lebih gak la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...