Pages

Thursday, February 21, 2013

Orang Bukit Godek sampai Korea!

Ya Allah...

Please keep my..


loved ones....



family...

+


and friends...



safe...

Please watch over them always and let good health, happiness, and good fortune befall them.

Ameen....:)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saat-saat sebelum berlepas ke Korea semalam.. walaupun flight pukul 11.20pm tapi kesudian keluarga dan kawan-kawan melambai saya amat dihargai.. terharu..and tqvm :')

Inilah 1st time saya naik flight seorang diri untuk ke oversea.. dan 1st time juga naik Korean Air. Alhamdulillah seat memang selesa tapi tetap xboleh tidur dengan nyeyak.. ni semua  sebab cuak gara-gara tonton Air Crash Investigation banyak sangat (-.-').. tapi alhamdulillah semuanya selamat.. saya jer cuak terlebih macam makcik-makcik..

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6jam.. sebab hampir pukul 7pagi time Korea saya sampai.
Sepanjang perjalanan tu makan bubur nasi sos teh hijau (bunyi macam pelik sebab xde lauk tapi sedap juga).. terpaksa ambil meals khas untuk orang vegetarian.. nak ambil ayam tak yakinla pula.. kalau naik MAS lain cerita..

Sampai Incheon Airport jer captain buat announcemen suhu kat Korea -5'Celcius.. dalam hati memang terdetik.. macamanala rasa sejuk bawah paras beku ni? walaupun ragu-ragu saya tetap sarung je jaket sampai 3lapis. lepas tu bila jalan masuk dalam airport rasa macam xsejuk sangat pun...
macam overla pula pakai sampai 3lapis.. ;[

keluar dari gate ketibaan.. saya dah nampak ada orang pegang kadbod nama saya.. hihihi.. lega sangat!! dia tolong bawakan beg dan jumpa seorang lagi pelajar dari Guatemala yang dah lama menunggu.. dia lagi kesian flight amik masa 15jam.. sampai dia cakap rasa  macam nk tercabut pinggang duduk lama sangat.. time melangkah keluar dari airport untuk ke kereta barulah saya terkejut.. sebab masa bercakap dengan kawan tu..asap berkepuk-kepuk keluar dari mulut saya.
serius memang terkejut.. telinga & hidung rasa sejuk & pedih sangat.. last2 saya lari masuk kereta.. memang betul-betul boleh beku!

Perjalanan dari airport ke university lebih kurang sejam juga..
Ni abang hensem yang hantar kitorang ;p


masa dalam kereta memang pelik sebab driver duduk belah kiri.. bila saya pandang kiri xde kereta.. pandang belah kanan pula kereta berpusu-pusu dari arah depan.. tapi tu xpelik lagi.. ni lagi pelik
bila saya duduk belakang saya suka tilik muka guna cermin depan.. tapi kali ni berusaha banyak kali tetap xnampak muka saya kt cermin depan tu...hohoho...pelik + kecewa...:(

Okeylah, ni jer pic yang sempat saya snap masa dalam kereta..



lepas tu bateri kong.. hohoho.. lagipun cuaca terlalu sejuk.. saya try keluar untuk amik gambar tapi lari balik sebab xtahan..

esok mungkin saya akan ambil gambar-gambar kt university ni sebab saya dah ada kawan baru yang sudi teman.. :)

Oklah.. sekian dulu laporan dari Korea

love,

Diaa Fariza

7 comments:

Veelara Shamsyul said...

Bestnyaaaaa.arghhhh.stress

Muhammad Adnan Moh Nor said...

Good Luck and safe! -2nd Photog Azmi Suratman; Adnan MN-

Wan Fariza Mustafah said...

Vee: best tu mmg best tp aku nk beli air coffee satu tin pun xblh. sbb kena guna kad.. aku pula xtaw mn nk dpt kad tu..;[
Adnan: same2!!

shifa8 said...

wan.... 6 jam kira x lama sgtlah kan? ummu sandakan-kedah pon 3 j 45 mnt. wan x pyh transit lagi, so xda masalah sgtlah nk blk cni.. best2!!! ..rasa mcm mimpi x? eheh..

Diaa Fariza said...

aah...xlama sangat.. tp kita xbiasa naik flight lebih dr sejam.. lps tu flight mlm pula.. mmg xselesa nk tdo.. stp kali bangun tdo..mesti tkejt eh aku kt korea rupanya ;p

fareesza umaira said...

Hi, sis..
Bestnya dpt g korea..
Berapa lama kene mastautin jd org korea ni?
Sbb nnt akak balik Msia, sy nk tuntut fridge magnet korea dr akak.. hehe :D

Wan Fariza Mustafah said...

lama gk! okey... nnt akak blk..akak poskan! jgn lupa tutut ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...