Pages

Tuesday, March 05, 2013

Hujan emas dinegeri org.. kite kutip emas dulu baru balik negeri sendiri ;p


Hari ni sangat sedih & kecewa sebab terpaksa skip kuliah.. nak nangis rasa T_T
1st time rasa sedih bila xdatang kuliah.. hohoho...
berbeza dengan masa kt U dulu.. ponteng kuliah tanpa rasa bersalah ;p

Memang hidup kat tempat orang kena kuat semangat..
berbeza bahasa, suhu, makan & cara memang susah nak terima pada permulaan..

contohnya:
saya cuma nak tahu kuliah saya pagi ni kat mana..
seharian saya tanya orang semalam tapi semua xdapat jawab :'(
pertuturan & pemahaman sangat berbeza..
saya cuba cari info dalam website tapi xboleh nak baca sebab tulisan sangat2 berbeza..
xde sepatah pun dalam bahasa inggeris.. memang rasa nk nangis...
mesti time nama saya dipanggil dalam kuliah tiada siapa yang jawab..
kat sini Professor panggil nama sorang-sorang untuk attendance...
jadi, xde peluang kawan nak tolong signkan attendance ;p
lagi satu, kalau kita ponteng 1x kita xde peluang untuk dapat A walaupun dalam exam kita jawab semua betul.. sangat strict...
(nasib baik pagi ni hanya kuliah bahasa korea.. cuma perlu LULUS.. xdapat A pun xpe ;p)

cerita pasal suhu pula.. sini sangat sejuk & kering...
kulit saya xdapat nak terima perubahan drastik ni.. dia jadi sangat2 kering & gatal..
takut sangat tengok kulit sendiri..dah macam kulit ular..
macam2 lotion & minyak saya cuba sapu supaya xkering..
tapi xberkesan..
kalau kat Malaysia saya sapu lotion sekali sehari jer.. tapi kat sini saya terpaksa sapu sekali sejam..
hanya tuhan jer yang tahu betapa gatalnya kulit tu..

Brand vaseline ni ok sikit berbanding dengan brand lain.. dia boleh tahan lama sikit lepas sapu..
kalau brand lain seperti mencurah air di daun keladi.. xberkesan langsung..:(

Makan pula... jangan dicerita.. setiap kali teringat lontong & nasi lemak.. air mata mula mengalir ;p
hahahahaha... (jangan nangis mak..saya buat lawak jer)
Seriously.. kt sini makan xboleh cerewet..
dulu kat Malaysia lain.. makan satu suap.. xsedap terus buang..
(menyesal sangat bila fikir balik.. sebab sangat2 la susah nak dapat makanan yang kena dengan tekak kita..)
hari2 ini adalah makan ruji saya..
 
nasi segera!.. cuma perlu masukkan dalam microwave selama 3minit dan terus sedia untuk dimakan..
rasanya macam pulut.. kawan saya dari India dan Thai xboleh makan.. diorang xsuka.. tapi saya ok jer.. mungkin sebab saya penggemar pulut jadi saya tiada masalah makan sticky rice ni!
(lagipun petua orang dulu: nak kulit cantik makan pulut ganti nasi)
 
tapi kena ingat makan pulut selalu boleh gemuk!
jadi kat sini kita kena rajin cikit exercise..
and nasib baik kat hostel saya ada gym.. lepas bedal nasi kite leh bersenam sikit..


Oooo... lupa nak beritahu.. saya bukannya makan nasi segera di atas semata2..
(mahu nangis mak & makcik2 ku kalau tahu aku makan nasi itu jer ;p)
hari-hari saya ada juga makan shrimp burger.. squid burger.. vege pizza..
semua ni boleh beli kat Lotteria & pizza hut..
(Lotteria tu dia macam Mc Donald tapi ada jual burger seafood)
and weekend boleh ke Itaewon untuk makan kebab & lain2 makanan HALAL..
tapi makan kat sini mahal.. harga berbeza 3x ganda dari Malaysia... kalu 3x sehari saya bedal Lotteria & Pizza Hut.. cukup setahun husband & kaum keluarga terpaksa jual kereta, rumah & tanah untuk sara hidup ku di sini ;p So, jangan boros2 ingatlah orang yang tersayang ^.^
 
Okeylah.. saya ada kuliah & beberapa urusan yang perlu disettlekan..
Demi mendapatkan segulung Ijazah.. Insyallah saya kena kuat semangat & tabah ditempat orang..
Setiap kali fikir pengorbanan orang-orang tersayang (especially Mr X & ma) saya akan berusaha bersungguh2 dan xkan mensia-siakan pengorbanan mereka.. :')
Insyallah.. doakan yang terbaik ok!!

 
Salam rindu...
 
 
Love,
Diaa Fariza

Wednesday, February 27, 2013

Round Seoul (Part 1)

Pejam celik pejam celik.. dah seminggu kt sini.. esok last day minggu orientasi lepas tu dh start kuliah & Lab.. mesti sangat buzy.. tapi insyallah saya akan update blog ni selalu untuk tatapan orang-orang tersayang..:')

Minggu orientasi kat sini sangat-sangat berbeza dengan minggu orientasi yang pernah saya lalui masa kt UPM dulu.. jadual dia xpadat.. memang ada banyak masa terluang & banyak masa nk p menghabiskan duit..(dah beratus ribu won habis walaupun baru duk seminggu ;p)
tapi jgn terkejut sangat 1000won baru RM2.90..
Walaubagaimanapun, barang skincare, baju & alat elektrik mungkin murah cikitla tapi barang makan agak mahal.. contoh macam harga 10biji telur = 4400won = RM13.00!!! pehh mahal.. belum citer nenas, pisang & lain2 lagi.. Yaaa baruku tahu itulah rahsia orang Korea kurus!

Jadi nasihat saya, siapa nak datang melancong kt sini.. beg tu isi makanan jer ok... kt sini nanti boleh beli baju, seluar, kasut & makeup semua tu...and saya perasan perfume murah kt sini! Oyaaa... lagi satu barang-barang kt sini xdela berjenama.. tapi kualiti dia ok..

Okeylah sebut pasal minggu orientasi.. semalam, kami selaku International Students.. dibawa round2 Seoul.. best! tapi malangnya saya salah pakai jaket.. sekarang masih lagi penghujung winter.. sepatutnya saya pakai winter coat tapi saya kan orang kampung bukit godek.. saya p pakai kot untuk musim Spring!!! (Manala aku tahu! Ingat kot semua sama...rupanya material dia lain-lain..)


Sejuk giler time ni..tapi tetap kena control ayu..;p
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berbalik kepada cerita round2 Seoul..

First sekali, kami pergi ke rumah Yoo's Family.. kt situ kitorang belajar adat & tradisi orang Korea..
terutamanya macamana cara nak buat teh..

Zaman dahulu kala, teh kat Korea sangat mahal..kerana mereka terpaksa import dari Thailand.. Jadi, kalau ada tetamu-tetamu kehormat atau majlis2 tertentu jer diorang akan hidang teh.. Tetapi sekarang mungkin tidak lagi, mungkin kerana sejak adanya teh Boh & teh Lipton..;p

Model di atas adalah kawan ku dari Thailand.. Suai ching-ching!! (maksudnya sgt cantik!!)

Lepas buat teh, kami diberi peluang pakai pakaian tradisional Korea.. Han-book!


Lepas pakai feeling seperti puteri Korea zaman dulu kala... tetapi hakikatnya saya hanya memakai pakaian orang bawahan masyarakat Korea.. Kawan yang disebelah tu barulah pakaian seorang puteri raja yang sebenar (-.-')

Selepas puas bergambar dan ke sana ke mari dengan baju Han-book tu.. kami disuruh tanggalkan dan kali ni kami di ajar buat lukisan-lukisan (wooden block printing) berkaitan dengan Feng Shui orang korea..
Saya sempat buat dua lukisan!

Satu untuk Mr X yang tercinta dan satu lagi untuk family yang tersayang...

Lepas tu banyak lagi aktiviti kitorang.. kami diajar memasak pelbagai jenis makanan orang Korea..

Saya hanya memakan pancake nyer sahaja.. kerana diyakini halal..yang di atas ini saya xmakan...

Selepas kenyang kami disuruh berjalan.. jauh bangat untuk round Bukchon Hanok village..

tempat ni popular.. tapi saya malas nak cerita.. panjang sangat...korang google la sendiri..
tapi kalau korang nak tahu kawasan-kawasan kat Korea semuanya xrata.. dia macam ada bukit & curam.. dan bila bina rumah diorang xcuba untuk meratakan tanah itu kerana mereka percaya pada Feng shui yang tanah ada talian dengan alam semesta dan bla..bla..bla.. pendek kata diorang xnk rosakkan kejadian alam...

Alamak..dah pukul 11malam... saya belum mandi lagi!!! okeylah stop dulu.. nanti saya sambung cerita..
Kamsamida!

Love,
Diaa Fariza

Saturday, February 23, 2013

To: SiTi S_LBi_H B_N_i J_SM_N

Dear Salsabiela Martoyo (Not her true name),

How are you? I hope you are doing well.
I just want to tell you. I found something that really suits your senile and negligent attitude.

This is what I mean...
keyless door knob...;]

Based on your true story, you have the experience owning 5 duplicate keys at one time.
But due to your nature of senile.. you forgot to bring all of the keys (-.-')

So, as your best friend and REALLY TAKE CARE ABOUT YOU..;p I suggest you to change all your old fashion door knob to the pin code keyless door knob.

First time I saw this knob, I have a problem to open the door. Yaa... jakun :"> malu guwe..
but after my friend told me how to open.. I love this technology and its remind me to you..:)

I hope you love this and can make the changes as soon as possible.
Bye-bye & take care!


p/s: Don't forget to SMS me your password.


Love,
Tyra Banking
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...