Pages

Tuesday, April 05, 2011

istimewa buat Mr X...:)





Khas buat diri mu,
Insan yang penuh dengan cinta dan sayang..

Saya panjatkan rasa penuh kesyukuran pada Illahi,
Kerana memberikan masa untuk saya mengenali erti kasih sayang dari seorang insan,

Menghayati pengorbanan luar biasa yang mencetus keinsafan dan memberikan saya waktu untuk mengecap cinta seikhlasnya..

Saya terharu bila dia berkata cintanya kepada saya tak diperlu dibalas,
Hanya kegembiraan di wajah saya boleh membuat hatinya puas..

Buat yang tercinta,
Doa saya tujukan khusus buatmu..

Tika sujud yang panjang, saya memohon agar kehidupan mu sentiasa dalam rahmat Tuhan.

Semoga dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang penuh keberkatan..

Saya doakan, biarlah hanya yang terbaik berlaku dalam kehidupan mu,
Dunia dan akhirat bersama-sama kita gapai penuh kesyukuran..

Harapan dan impian saya, agar saya mampu membuat dirimu sentiasa tersenyum dan tertawa saat kita bersama meniti usia.

Moga Allah berikan saya kekuatan untuk berikan ketenangan dihatimu
walaupun tika hidup kita sedang diuji..

Terima kasih Allah kerana jadikan dia untuk saya....
Terima kasih juga kerana hadirnya dia begitu membahagiakan saya..

~...ikhlas dari hati...~

HAPPY BIRTHDAY MY LOVE!!!

2 comments:

Pn. Marliana said...

Happy Belated Birthday Mr. X ... Semoga dipanjangkan umur n mendapat kebahagiaan di dunia & akhirat ...

pZam said...

Tahniah...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...