Pages

Monday, April 04, 2011

lagenda awan hitam...

tersebutlah sebuah kisah.. di suatu kawasan gurun bersebelahan dengan gurun sahara..

terdapat sekelompok awan hitam yang amat ditakuti manusia...

mengikut lagenda sesiapa yang terpijak bayang-bayang awan hitam itu akan mendapat pasangan yang kurang kacak/cun..



pada suatu hari...ada 3sahabat ingin mengembara di gurun tersebut untuk mencari kesahihan cerita itu..

sahabat itu ialah Cik Hunny, Celine Diong & Zul... mereka bertiga meneruskan pengembaraannya selama 3hari dan akhirnya mereka bertemu dengan sekelompok awan hitam itu...

bayang-bayang awan hitam itu memang cukup menakutkan.....

cik hunny selaku ketua XPDC(ekspedisi) merupakan seorang yang sangat licik dalam hal-hal mengelak ini...

tetapi...elak punya elak..punya elak...
akhirnya cik hunny tewas juga...kaki kiri nya terpijak bayang-bayang awan hitam menyebabkan dia mendapat boyfriend yang kurang kacak sekarang..;p

kini giliran Celine Diong pula mencuba nasib...
melihat kepada kegagalan cik hunny dalam cubaan mengelak.
membuatkan Celine hilang keyakinan diri..
baru 3langkah dia mengelak..dia sudah jatuh tergolek di atas bayang-bayang awan itu..
dan hasilnya...google lah sendiri "husband celine diong"

akhirnya tinggallah zul seorang untuk meneruskan perjuangan.
dengan latar belakangnya merupakan seorang askar dan pernah berjaya mengelak serangan peluru berpandu.
zul merasakan ini sesuatu yang mudah.

zul pun melompat dan mengelak dengan penuh bergaya sekali.
setiap langkahnya teratur dan begitu licik menyebabkan awan hitam tidak sempat mengejarnya.

...akhirnya zul berjaya melepasi bayang-bayang awan tersebut..

dia dengan angkuhnya berkata pada Cik Hunny & Celine...

........"SEE MY LEGS LA..!"

zul pulang dengan hati yang gembira & bangga...

tetapi...
suatu kebenaran yang zul tidak tahu sehingga kini...

iaitu...

girlfriendnya...(Da****g)..
sudah terpijak bayang-bayang awan hitam itu pada minggu lepas....;p


p/s : cerita ini tiada kena mengena dgn Zul Helmi ataupun Norzulhilmi ;p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...